Peningkatan kos perubatan: Wajarkah Klinik Komuniti ditambah?

Kita berkemungkinan menghadapi kenaikan kos rawatan perubatan setiap tahun berpunca dari inflasi perubatan.

Kadar inflasi ke atas kos perubatan dijangka menjadi dua angka (dijangka menjadi 12.7% untuk tahun 2017), dan ini berbeza dengan inflasi harga barang pengguna kira-kira 2-4% setiap tahun pada tahun 2016 dan 2017.

Inflasi perubatan di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi dalam kalangan negara Asia selepas India di 14% dan Indonesia di 13.1%2

Apakah punca kenaikan? Peningkatan penyakit tidak berjangkit yang berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, stres dan diet tidak seimbang bermakna lebih ramai orang memerlukan rawatan perubatan

Kenaikan caj rawatan dan ubat-ubatan di klinik swasta yang semakin hari semakin mahal telah menyebabkan ramai mula berkira-kira untuk mendapatkan rawatan.

Orang ramai mendakwa terpaksa ke klinik swasta berbanding ke klinik komuniti bagi mendapatkan rawatan kerana tempoh menunggu adalah lebih singkat.

Selain itu, bilangan klinik komuniti juga sangat terhad memaksa ramai tiada pilihan me­lainkan ke klinik swasta yang mengenakan caj yang tinggi.

Rata-rata rakyat mengeluh dengan caj ‘cekik darah’ yang dikenakan itu.

“Ekonomi sekarang kurang baik. Kalau selagi kita boleh kurangkan kos untuk biayai perubatan, kita cuba,” kata rakyat.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pandangan anda mengenai sistem kesihatan awam di Malaysia?

Malaysia perlu lebih banyak membina hospital-hospital kerajaan berbanding hospital swasta
100.00% 2 Undi
Saya tidak pasti dan tidak kisah
0.00% 0 Undi
Hospital kerajaan sudah mencukupi dan servis yang diberikan adalah terbaik
0.00% 0 Undi

Sudah sampai masanya diperkasakan sistem kesihatan awam di Malaysia dengan dibina lebih banyak hospital-hospital kerajaan di bandar-bandar besar di mana kemudahan yang sedia ada mengalami masalah kesesakan.

Menambah lebih ramai kakitangan kesihatan termasuk doktor, jururawat, juru fisioterapi dan sebagainya juga harus menjadi keutamaan kerajaan.

Diharapkan kerajaan mewujudkan jawatan jururawat komuniti untuk melawat pesakit lumpuh dan kanak-kanak bersatus orang kurang upaya (OKU) di rumah untuk mencuci luka, membuat fisioterapi, menasihat keluarga tentang bagaimana menjaga pesakit dan sebagainya.

Perlu juga dilibatkan 7,000 orang doktor perubatan am yang sedia ada di Malaysia dalam pengendalian kes-kes kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan asma.

Ini adalah penyakit jangka masa panjang dan memerlukan rawatan susulan yang rapi untuk mengurangkan komplikasi. Sistem bayaran capitation (ikut bilangan orang) harus diamalkan supaya rawatan diterima oleh para pesakit di klinik perubatan am adalah percuma. Ia seperti sistem Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di England).

Sebahagian daripada levi pekerja asing harus disalurkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membiayai kos rawatan bagi pekerja migran.

Ini membolehkan caj rawatan yang dikenakan terhadap pekerja migran di klinik dan hospital kerajaan berada pada paras yang sama dengan caj yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia.

Sebanyak 90 peratus kos plat, skru, sten, kanta mata dan sebagainya harus ditanggung oleh kerajaan supaya rakyat tidak dibebani dengan bayaran yang tinggi untuk rawatan.

Selain itu, perlu dikawal penghijrahan doktor ke sektor swasta dengan cara mengadakan moratorium terhadap pembukaan hospital swasta baharu. Hospital swasta yang sedia ada boleh dibenarkan untuk terus beroperasi. Tetapi jangan membenarkan pembinaan hospital swasta baharu buat masa ini.

Dalam pada itu, kerajaan perlu mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Khusus untuk kakitangan kesihatan supaya sistem penggajian dapat diperbaiki. Harus juga diperkenalkan sistem sabatikal selama tiga bulan bagi setiap empat tahun perkhidmatan untuk doktor pakar kerajaan.

Perlu juga ditambah peruntukan untuk KKM. Pada 2021, peruntukan bagi kementerian berkenaan adalah sebanyak RM32 bilion. Jumlah ini harus ditambah lagi sebanyak RM6 bilion setiap tahun untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Dari RM32 bilion akan meningkat kepada RM38 bilion, seterusnya RM44 bilion, RM50 bilion, RM56 bilion dan RM62 bilion supaya dapat membiayai program-program yang telah disyorkan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Golongan berpendapatan rendah (B40) dikatakan wajib untuk membayar premium insurans kesihatan. Menurut anda, adakah tindakan ini wajar?

Tidak, kerajaan harus peka dengan ekonomi dan inflasi yang berlaku sekarang
100.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Ya, perlu dibayar supaya adil bagi golongan sederhana (M40)
0.00% 0 Undi

Ini kerana wujudnya penekanan gaji ke paras yang rendah (wage suppression) di Malaysia. Orang ramai sedang berkorban dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan menerima gaji yang jauh di bawah nilai pengeluaran pekerja kita.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kerajaan harus memastikan belanjawan perkhidmatan kesihatan awam dibiayai oleh cukai terhadap golongan yang terkaya dan syarikat-syarikat besar?

Ya, perlu dibayar oleh golongan terkaya kerana mereka lebih dari mampu
100.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, perlu adil bagi semua lapisan masyarakat
0.00% 0 Undi

Oleh itu, perkhidmatan kesihatan yang berkualiti harus dipandang sebagai upah sosial (social wage) yang telah di prabayar (dibayar dahulu sebelum digunakan) oleh pekerja dan petani kita.

Klinik komuniti perlu ditambah,

  • dapat bantu rakyat terbeban kos medikal makin tinggi
  • kes sakit makin banyak
  • bukti kerajaan prihatin dengan krisis makanan & kos sara hidup semakin menghimpit ditambah pula apabila sakit, dan tidak mampu untuk membayar & tanggung kos ubat mahal jika asyik harap pada klinik swasta

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, ramai yang mengeluh terutama­nya golongan berpendapatan rendah kerana terpaksa membayar kos yang agak tinggi untuk mendapatkan rawatan.

“Seperti kita tahu, keada­an sekarang berbeza sebelum wabak Covid-19 melanda, ramai yang mudah sakit seperti demam dan batuk sehingga terpaksa mengunjungi klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

“Sekiranya klinik kesihatan kerajaan ditambah, ia dapat memudahkan dan meringankan beban masyarakat yang memerlukan rawatan,” katanya.

Media melaporkan ramai ibu bapa terpaksa guna ubat lama kerana tidak mampu dapatkan rawatan di klinik swasta yang semakin mahal.