Pelajar B40 didakwa dihina pensyarah kerana komputer riba

Tular satu video yang dikongsikan di laman Twitter mengenai seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa menyelar pelajarnya.

Di dalam video tersebut, pensyarah berkenaan kelihatan telah memberikan komen mengenai pandangan beliau terhadap pelajar dari golongan B40 yang didakwa berunsur negatif.

“Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk orang dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” kata pensyarah tersebut.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda tentang kejadian ini?

Siswa masa kini “manja”
57.14% 4 Undi
Kenyataan pensyarah tersebut biadap
42.86% 3 Undi
Tidak pasti, hanya perhati
0.00% 0 Undi

Hal ini telah mengundang kecaman ramai di media sosial. Misalnya, ciapan daripada pengguna @Christinope yang telah diciap semula melebihi 5,000 ciapan semula.

Namun ada juga yang membela tindakan pensyarah berkenaan dengan mempersoalkan mengapa pelajar tersebut tidak mempunyai komputer riba walaupun sudah berada di semester lima.

Contohnya, ciapan ini menerima ‘quote tweet’ melebihi 2,000 ‘quote tweet’.

Anak Presiden UMNO, Nurul Hidayah Zahid tampil mempertahankan tindakan pensyarah berkenaan.

Malah katanya lagi, seseorang pelajar tidak akan berkongsi ataupun mengaibkan mana-mana pensyarah sekiranya mereka benar-benar jujur ingin mendapatkan ilmu. 

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian ini.

MPP UiTM menyelar tindakan pensyarah yang didakwa memperlekeh golongan B40 dalam video yang tular itu dan bertegas bahawa perbuatan itu tidak wajar.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan UiTM dilaporkan bakal mengambil tindakan sewajarnya ke atas pensyarah berkenaan. 

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Roziah Mohd Janor, tindakan akan diambil dan bantuan sewajarnya akan diberikan kepada pelajar tersebut.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda tentang kejadian ini?

Tindakan tidak perlu
66.67% 4 Undi
Ya, tindakan berat perlu
33.33% 2 Undi
Tidak pasti, sama sahaja
0.00% 0 Undi
Menteri Pengajian Tinggi, Dato Dr Noraini Ahmad menerusi akaun Twitter beliau menyatakan beliau telah mengambil maklum dan berhubung dengan pihak UiTM untuk penjelasan lanjut mengenai kejadian ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendirian anda tentang fungsi KPT dengan kejadian seperti ini?

Tidak pasti, biar UiTM yang uruskan
66.67% 4 Undi
KPT terlalu berlembut
33.33% 2 Undi
KPT perlu utamakan siswa
0.00% 0 Undi

Selain daripada tindakan ke atas pensyarah tersebut, pelbagai inisiatif harus dijalankan untuk membantu siswa khasnya golongan B40.

Antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan ialah Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia yang khas untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang akan mula dilaksanakan pertengahan April ini.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, permohonan kepada mereka yang layak adalah berdasarkan data terkumpul dan mereka yang tercicir boleh mengemukakan rayuan kelak.