Jika dahulu, setiap nilai ringgit Malaysia RM1 boleh tukar kepada Rp2500. Sekarang? setiap matawang ringgit Malaysia RM1 boleh tukar menjadi Rp3700. Maka semakin banyaklah wang boleh dihantar ke Indonesia.
Jikalau dahulu nilai Ringgit Malaysia RM1 boleh dapat SGD1. Sekarang? SGD1 bersamaan RM2.70. Makin laris bisnes perniagaan warga Malaysia terutamanya warga Johor? Berbondong-bondong warga asing sapu hartanah Malaysia, kondo mewah dan kedai di Malaysia. Semakin kaya warga asing dek kerana tidak putus-putus apabila projek semakin banyak.
Ini antara kesan jangka masa pendek yang sedang berlaku pada waktu ini.
Kejatuhan nilai mata wang tidak hanya eksklusif kepada Ringgit, sebaliknya melibatkan banyak lagi mata wang lain.
Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed berkata, antara mata wang lain yang turut terkesan seperti Yen, Yuan, Euro, Pound Sterling dan Swiss Franc.
Jelasnya, kejatuhan mata wang tersebut bukan disebabkan oleh ia melemah, sebaliknya dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh.
Dunia dijangka mengalami krisis rantai makanan ekoran perang Rusia-Ukraine yang masih berterusan.
Persoalan yang kerap dicanang, adakah Malaysia bersedia menghadapi krisis makanan?
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih 2016-2020 – berkata Malaysia sangat bergantung kepada import.
Menurut penganalisa bidang agrikultur dan akuakultur, Timmy Say, penularan pandemik Covid-19 selama dua tahun dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) memberikan kesan kepada agro makanan negara secara langsung dan tidak langsung sehingga mengganggu kelancaran rantaian makanan seperti pengeluaran, pengedaran, pemasaran dan peruncitan produk hasil pertanian dan industri makanan.
Dengan nilai ringgit yang semakin rendah saban hari, harga makanan dijangka mengalami inflasi dan terus meningkat kerana kebergantungan tinggi negara pada import untuk memenuhi permintaan domestik.
Namun Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan pengurangan import makanan ternakan sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030 menerusi Projek Pembangunan Industri Jagung Bijian untuk makanan ternakan.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, buat masa ini, Malaysia mengimport sekitar 4 juta tan matrik jagung bijian dengan nilai lebih kurang RM6.2 bilion setahun.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan pihaknya telah mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam.
Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata MAFI komited untuk memastikan pemberian subsidi ini dilaksanakan dengan kadar segera dengan mematuhi syarat ditetapkan supaya dapat memberi manfaat kepada para penternak,” katanya.
Justeru beliau berkata tindakan proaktif akan terus dilaksanakan untuk memastikan kelangsungan industri penternakan ayam walaupun negara sedang berdepan dengan peningkatan kos input pengeluaran berterusan yang merupakan fenomena global.
Beliau berkata MAFI juga sedang mengkaji keperluan untuk melanjutkan tempoh kelulusan kuota import ayam dengan mengambil kira penilaian keperluan bekalan negara yang mana kerajaan sebelum ini membenarkan pengimportan ayam sehingga 10,000 tan metrik sebulan termasuk dari Thailand dan China.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, orang ramai tidak perlu gusar kerana kemungkinanan untuk ringgit kembali kukuh itu memang ada.
“Ini adalah kerana harga komoditi seperti minyak mentah, gas asli cecair (LNG) dan minyak kelapa sawit mentah bakal memanfaatkan ekonomi negara,” katanya.
Mohd Afzanizam berkata, selain itu, nilai ringgit yg kompetitif juga bakal menggalakkan sektor eksport dan kegiatan pelancongan.
Beliau berkata, ia akan menyebabkan lonjakan semula nilai ringgit pada masa akan datang walaupun sentimen pasaran sentiasa berubah dalam kadar yang cepat.
Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata pengguna disaran menumpukan kepada membantu pemulihan ekonomi domestik iaitu dengan mengutamakan pembelian barangan keluaran tempatan terutamanya barangan keperluan asas serta mengurangkan pembelian barangan import.
Selain dari itu, rakyat patut digalakkan untuk melancong di dalam negara memandangkan nilai mata wang ringgit yang lemah ketika ini.