Najib ke penjara: Apa reaksi pemimpin lain?

Keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd ternyata menerima pelbagai reaksi dari semua pihak. Ada yang menarik nafas lega dan ada yang menyatakan ketidakpuasan hati.

Pemimpin politik negara juga tidak ketinggalan memberikan respons masing-masing.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju atau tidak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas kes Datuk Seri Najib?

Setuju, akhirnya beliau dihukum ke atas penyelewengan yang dilakukan
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, saya tak mengikuti kes perbicaraan ini
0.00% 0 Undi
Tidak, keputusan tersebut tidak munasabah
0.00% 0 Undi

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, menerima pelbagai reaksi daripada para pemimpin.

Ada antara mereka menyifatkan keputusan itu sebagai bukti badan kehakiman negara bebas daripada dipengaruhi kuasa politik namun terdapat juga yang menzahirkan rasa simpati terhadap bekas perdana menteri itu.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membuktikan sistem kehakiman negara yang bebas dapat menjamin keadilan dan mengembalikan maruah negara yang tercalar.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berpandangan keputusan terhadap Najib itu adalah hasil daripada aspirasi rakyat yang ingin memastikan badan kehakiman negara bebas dan membersihkan negara daripada gejala rasuah. 

“Ini membuktikan rakyat itu berkuasa, rakyat telah membuat keputusan pada 2018 untuk memastikan badan kehakiman bebas dan negara bersih daripada rasuah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah dengan keputusan kes ini menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan bersih dari rasuah?

Ya, tiada sebarang petunjuk menandakan ada campur tangan dalam kes ini
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin badan kehakiman kita sudah bersih sekarang
0.00% 0 Undi
Tidak, kes lain banyak lagi yang belum diselesaikan
0.00% 0 Undi

​​Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jasa dan khidmat bakti Najib kepada UMNO dan negara sebelum ini tidak boleh dinafikan dan beliau menzahirkan simpati terhadap bekas perdana menteri itu dan seluruh ahli keluarganya susulan keputusan hari ini. 

“Justice hurried is justice buried, adalah satu frasa yang boleh kita hayati bersama dalam situasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa tiada desakan untuk campur tangan beliau dalam kes mahkamah tersebut.

Penafian itu disuarakan Perdana Menteri ketika ditemui selepas menyempurnakan acara penutup Majlis Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan (MOF).

“Tiada…tiada (desakan campur tangan),” katanya ringkas kepada media sebelum meninggalkan pekarangan MOF menaiki kenderaan rasminya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai ketiadaan campur tangan dari PM ke atas kes ini?

Ya, sewajarnya begitu. Badan kehakiman negara sudah menjalankan tugas, mengapa perlu campur tangan pihak lain?
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin baik untuk keputusan kes ini
0.00% 0 Undi
Tidak, kes ini perlu campur tangan beliau
0.00% 0 Undi

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan wujud desakan daripada UMNO supaya beliau campur tangan dalam kes rayuan akhir Najib di Mahkamah Persekutuan.

Sebuah media tempatan melaporkan, mesyuarat tergempar antara ketua bahagian UMNO dengan pimpinan tertinggi parti itu gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah membabitkan Najib.

Laporan memetik sumber dalaman itu berkata, ramai ketua bahagian hadir mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, tidak bersetuju dengan arahan terbabit.

Sementara itu, berhubung pertemuannya dengan beberapa pemimpin utama UMNO di Seri Perdana, malam tadi, Perdana Menteri menjelaskan, ia mengenai persediaan parti ke arah pilihan raya.

“Seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, di Perak, (perjumpaan) mengenai mesyuarat UMNO bahagian, persediaan parti untuk pilihan raya dan memperkukuhkan parti,” katanya.

Ditanya mengenai desakan ketua bahagian UMNO yang mahu supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera, Perdana Menteri sekadar menjawab: “Saya tak tahu, saya tak ada (di situ) semalam.”