MySejahtera – Penambahbaikan untuk Malaysia

Baru-baru ini aplikasi MySejahtera dikemas kini untuk penggunaan yang lebih baik untuk pengguna sekaligus sebagai persiapan Malaysia menempuhi fasa peralihan ke endemik.

Kemaskini ini ialah pengesahan akaun bagi memastikan pengguna boleh menggunakan ciri-ciri aplikasi MySejahtera sepenuhnya. Contohnya, sijil vaksinasi tidak dapat diakses kerana belum mengesahkan akaun.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah penerimaan anda mengenai kemaskini ini?

Ia penting dan selari dengan keperluan semasa
66.67% 2 Undi
Tidak diperlukan, uruskan keperluan lain aplikasi ini dahulu
33.33% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin diperlukan
0.00% 0 Undi

Selari dengan saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar ujian saringan kendiri dilakukan sebelum mana-mana acara berkumpulan, fungsi laporan kit ujian juga ditambah baik

Pengguna kini diminta untuk memuat naik gambar keputusan ujian Covid-19 yang telah dilakukan yang perlu menunjukkan masa dan tempat ujian tersebut dilakukan bersama keputusannya. Ini boleh membantu pihak KKM untuk menerima laporan ujian kendiri yang lebih terperinci dari orang ramai.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda mengenai ciri baru fungsi ini?

Penting untuk elakkan penyalahgunaan aplikasi ini
100.00% 2 Undi
Tidak pasti, ikut sahaja apa yang ditetapkan
0.00% 0 Undi
Tidak, terlalu banyak prosedur
0.00% 0 Undi

Selain itu, pengguna juga kini sudah boleh menempah slot untuk suntikan dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera.

Ketua Pegawai Eksekutif Prohealth Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata aplikasi ini bertujuan untuk meluaskan liputan serta menyegerakan vaksinasi dos penggalak sebelum status vaksinasi bagi mereka yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

Ciri ini sejajar dengan keperluan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak dengan segera terutamanya dalam kalangan warga emas.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, data menunjukkan warga emas yang tiada vaksinasi atau dos penggalak amat berisiko tinggi meninggal dunia akibat wabak merbahaya ini.

Dengan pembukaan sempadan pada 1 April ini juga, penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi semakin penting.

Pengembara yang memasuki Malaysia perlu mengaktifkan aplikasi MySejahtera dan melakukan beberapa prosedur untuk mendapatkan MyTravelPass yang sebelum ini perlu dimohon secara atas talian di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah MySejahtera akan dijadikan aplikasi super untuk mendepani Covid-19?

Ya, lebih baik begitu
100.00% 2 Undi
Tidak pasti, mungkin boleh dipertimbangkan
0.00% 0 Undi
Tidak, tidak penting
0.00% 0 Undi

Aplikasi ini juga bakal diperlukan untuk rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara terutamanya negara-negara anggota Kesatuan Eropah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin memaklumkan bahawa EU akan menyenaraikan aplikasi MySejahtera sebagai aplikasi yang diiktiraf negara anggota yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ringkasnya, kita dapat lihat penambahbaikan aplikasi MySejahtera semakin diperlukan bukan sahaja dalam negara, malahan luar negara.