Murid Tahun Tiga saman guru KAFA, YIT RM410,000

Seorang murid Tahun Tiga memfailkan saman terhadap seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) kerana melakukan perbuatan cuai hingga menyebabkan tulang tibia atau fibulanya patah, pada 6 Julai lalu.

Nor Azlina Mohd Yasin, 37, yang mewakili anaknya, Muhammad Izz Anaqi Mohd Izwan, 10, sebagai plaintif memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Sesyen, di sini melalui peguam Mohd Hazwan Hamidun dari Tetuan Rafaei & Co.

Adakah anda mengetahui isu murid tahun tiga saman guru KAFA ini?

Selain guru KAFA tersebut, plaintif turut menamakan Yayasan Islam Terengganu (YIT) sebagai defendan kedua.

Akibat perbuatan defendan pertama, plaintif terpaksa menjalani rawatan pemulihan, bakal menghadapi risiko kecacatan kekal berikutan kecederaan dialaminya selain mengalami tekanan emosi dan mental.

Plaintif turut menyatakan defendan kedua sebagai majikan cuai dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka hingga menyebabkan berlakunya kecederaan pada plaintif oleh defendan pertama.

Pada pendapat anda, siapakah yang perlu disalahkan? Ibu bapa atau guru?

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am berjumlah RM410,000, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas pada suatu jumlah yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas seorang guru KAFA dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Marang.

Menurut media, jurulatih pasukan Malaysia Kim Pan-gon dilihat menggunakan strategi bertahan dengan menurunkan lebih ramai pemain pertahanan untuk memastikan kelebihan satu jaringan sebelum ini dapat dikekalkan.

Adakah wajar tindakan guru KAFA yang menghempas murid itu?

Kejadian dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.

Ibu mangsa menyedari kejadian menimpa anaknya kira-kira jam 5 petang hari yang sama selepas mangsa mengadu kakinya sakit.