Mengapakah anak lahir luar negara, bapa warga asing tidak layak dapat warganegara automatik?

Sejak kebelakangan ini, isu kewarganegaraan kanak-kanak dilahirkan di negara ini hangat dibincangkan. Dalam hal ini, semua pihak harus memahami kedudukan kanak-kanak dilahirkan di negara ini di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Seperti ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kelahiran di negara ini tidak membolehkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda peka dengan isu kewarganegaraan anak yang sedang hangat diperkatakan kini?

Ya, saya peka dan mengikuti perkembangan isu ini
100.00% 4 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, saya baru sahaja tahu
0.00% 0 Undi

Ini membabitkan kategori seperti anak tidak sah taraf, anak angkat, anak dilahirkan di luar negara daripada perkahwinan antarabangsa dan kanak-kanak terbiar tanpa identiti.

Kewarganegaraan seseorang individu tidak ditentukan berdasarkan faktor kelahiran kanak-kanak itu di negara ini semata-mata, sebaliknya ia turut mengambil kira status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung ketika kelahiran berlaku.

Hal ini selaras peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

Bagi kanak-kanak yang memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, mereka tidak menghadapi masalah dengan syarat kelahiran berlaku di negara ini.

Selain itu, salah seorang daripada ibu bapanya juga disyaratkan warganegara atau pemastautin tetap, manakala perkahwinan ibu bapa juga adalah sah.

Namun bagi anak tidak sah taraf, kewarganegaraannya ditentukan kewarganegaraan ibu dan bukan bapanya. Hal ini termaktub di bawah Seksyen 17 Jadual II Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan ini jelas apabila Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya baru-baru ini memutuskan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang juga anak kepada seorang lelaki warga tempatan dan ibunya warga Filipina, tidak berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Rayuan bapanya itu ditolak Mahkamah Persekutuan kerana anak lelaki itu lahir di luar perkahwinan dan ibu bapanya hanya berkahwin lima bulan kemudian.

Mengikut Seksyen 4 Akta Kesahtarafan 1961 yang perkahwinan ibu bapa berikutnya hanya akan mengesahkan taraf anak itu daripada tarikh perkahwinan, namun ia tidak boleh digunakan untuk menentukan status kanak-kanak itu sebagai warganegara Malaysia.

Bagi status anak angkat di negara ini, ibu bapa angkatnya perlu membuktikan tempat lahir kanak-kanak berkenaan dan status kewarganegaraan ibu bapa kandungnya yang juga rakyat negara ini.

Dalam mengatasi masalah kanak-kanak terbabit, ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf anak tanpa kad pengenalan atau individu yang belum ditentukan kewarganegaraan dan ditaraf, perlu mengemukakan dokumen sah kepada kerajaan melalui peruntukan Perkara 15(2) atau 15A Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan membuat perancangan untuk memudahkan proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak berkenaan bagi menangani isu itu secara cepat dan holistik.

Ini dinyatakan sendiri Hamzah bahawa kementeriannya menambah baik prosedur operasi standard (SOP) Permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dengan tempoh pemprosesan lebih singkat bagi permohonan lengkap yang diterima mulai tahun lalu.

Beliau menegaskan penambahbaikan SOP berkenaan berdasarkan pematuhan syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964.

Ia juga, kata Hamzah, mengambil kira pelbagai aspek termasuk kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan warga negara sedia ada.

Bagi kanak-kanak dilahirkan di luar negara daripada perkahwinan antarabangsa yang sah, terdapat diskriminasi gender apabila Perlembagaan Persekutuan di bawah seksyen 1(c) Bahagian II Jadual Kedua hanya membenarkan bapa warga negara Malaysia untuk mendaftar kelahiran anaknya di pejabat Kedutaan Malaysia di negara berkenaan, walaupun ibunya bukan warganegara.

Bagaimanapun hak sama tidak diberikan di bawah peruntukan itu kepada ibu warganegara untuk mendaftar kelahiran anaknya, jika bapanya bukan warganegara.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, perlulah perkara ini diambil perhatian oleh kementerian terbabit?

Tidak, tak perlu membuat apa-apa tindakan
50.00% 2 Undi
Ya, perkara ini harus diperhalusi dengan memberi jalan penyelesaian terbaik supaya hak wanita warganegara terhadap pendaftaran kelahiran anak mereka juga terpelihara
50.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Oleh itu, jelaslah di sini kelahiran seseorang kanak-kanak di negara ini bukan penentu kewarganegaraan Malaysia kerana pemberian kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi kerajaan dan hak eksklusif tidak ditawarkan serta diberikan sewenang-wenangnya.

Kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Ia diputuskan Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 pada 5 Ogos 2022.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Keputusan majoriti itu dipersetujui oleh Hakim Kamaluddin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi, manakala Datuk S Nantha Balan pula menentang.

Sebelum ini, Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dengan anak kelahiran luar negara, pada 9 September 2021, berjaya dalam tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi terhadap ketiga-tiga perayu.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan keputusan mahkamah bahawa kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia belum muktamad.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kes itu sebaliknya masih boleh dirayu di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Walaupun keputusan baru-baru ini menghampakan terutama bagi wanita warganegara yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara, kita perlu menjunjung prinsip rukun negara ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan dan menghormati proses undang-undang.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah Perkara 14 Perlembagaan bersifat diskriminasi?

Tidak, saya rasa ia adil
50.00% 2 Undi
Ya, membenarkan anak di luar persekutuan mendapat kewarganegaraan, bersifat diskriminasi kerana melanggar peruntukan kesamaan
50.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Pindaan perlembagaan dibuat sekiranya ada pertambahan atau pemansuhan sesuatu dasar. Situasi di Malaysia, pindaan perlembagaan dilaksanakan tanpa referendum rakyat. Perkara-perkara yang boleh dipinda dalam perlembagaan dengan persetujuan ⅔ ahli majlis Parlimen. 

4 cara meminda Perlembagaan 

  1. Mendapat persetujuan lebih â…” ahli Majlis Parlimen dan diperkenan kelulusan Yang dipertua Negeri oleh Majlis Raja-Raja
  2. Mendapat persetujuan lebih â…” ahli Majlis Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak
  3. Perkara yang memerlukan suara majoriti dalam Parlimen
  4. Perkara-perkara yang dipinda dengan mendapat persetujuan daripada â…” ahli Majlis Parlimen
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, perlukah undang-undang ini perlu dipinda dan digubal semula?

Tidak, saya sokong dengan undang-undang sedia ada
50.00% 2 Undi
Ya, perlu digubal
50.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi