Mengapa penyelidikan di Malaysia sering di’sampahkan’?

“Pusat inovasi di universiti mesti ada hubungan dengan industri,” – Timbalan Pengerusi MPN, Profesor Emeritus Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak

Sinergi antara penyelidik atau inovator dengan pemain industri perlu dipergiatkan dalam memastikan hasil kajian yang dilakukan memberi impak yang besar kepada sesebuah industri.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak berpandangan seolah-olah wujud jurang dan tiada kesalinghubungan antara inovator dan pemain industri.

“Pusat inovasi di universiti mesti ada hubungan dengan industri, tidak boleh bergerak secara bersendirian dan mereka (pusat inovasi) sememangnya tidak mahu bersendirian.

“Ada universiti yang telah bina hubungan dan sebagainya, saya tak nafikannya tetapi hubungan itu sangat minima dan pihak industri yang ingin bekerjasama atau berkolaborasi dengan penyelidik amat sedikit.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai pandangan tentang hubungan universiti dengan pemain industri ini?

Saya setuju, hubungan yang sangat minima antara dua pihak ini
100.00% 2 Undi
Tidak pasti, mungkin baik
0.00% 0 Undi
Tidak, universiti dan pemain industri mempunyai hubungan yang sangat rapat
0.00% 0 Undi

Mengulas mengenai kelulusan 99 projek dan program penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan untuk sektor inovasi negara, Mohamed Mustafa berkata kerajaan juga perlu menetapkan dasar inovasi terutama melibatkan inovator di Institut Pengajian Tinggi (IPT) supaya mereka mempunyai fokus serta hala tuju dalam kajian yang dilaksanakan.

“Dana ini (RM5.6 bilion), kalau dilihat dari segi angkanya (nampak) besar, tetapi kalau kita pecahkan ikut agensi, ia sangat kecil dan dana penyelidikan di peringkat IPT walaupun penyelidik paling ramai di situ.

“Sebaliknya, dana di peringkat IPT termasuk universiti penyelidikan semakin menguncup dari tahun ke tahun.

“Malah, kadar penolakan permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan sebagainya amat tinggi.

“Penyelidik mahu membuat penyelidikan tetapi dananya sangat sedikit, sekali gus mereka terpaksa bersaing dan banyak kertas cadangan penyelidikan yang baik, tetapi hasilnya ‘dibakul sampahkan’ atau tidak ke mana-mana kerana dana tidak cukup,” katanya lagi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai situasi hasil penyelidikan yang tidak dimanfaatkan ini?

Sangat merugikan, ia mungkin dapat menghasilkan produk yang bagus
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin ada sebab lain ia berlaku
0.00% 0 Undi
Sebenarnya, kita ada banyak penyelidikan yang sangat berjaya
0.00% 0 Undi

Walaupun begitu, terdapat langkah yang diambil untuk membantu mengembangkan lagi sektor penyelidikan negara yang turut melibatkan universiti penyelidikan tempatan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi amalan perkongsian data mentah penyelidikan negara melalui perjanjian kerjasama antara Akademi Sains Malaysia dengan lima universiti penyelidikan dalam membangunkan Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP).

Universiti terbabit ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah perkongsian data penyelidikan ini baik untuk sektor penyelidikan?

Tidak, perkongsian idea adalah lebih baik
50.00% 1 Undi
Ya, dapat menarik minat pihak-pihak yang berpotensi untuk meraih dana
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin bagus untuk pembangunan sektor ini
0.00% 0 Undi

Beliau berkata inisiatif yang mula diterajui kementeriannya pada 2019 itu akan meningkatkan kerjasama transdisiplin antara pakar dan bakal meningkatkan hasil penyelidikan yang mampu menjadi penyelesaian kepada pelbagai isu dihadapi negara.

“Melalui platform ini juga, masyarakat secara amnya akan mendapat akses kepada projek penyelidikan yang telah dijalankan terutama yang dibiayai menerusi dana awam dan diharapkan ia akan memacu inovasi negara,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kelebihan amalan sains terbuka, Adham berkata ia mampu menambah baik ekosistem penyelidikan agar kerjasama dan perkongsian ilmu dapat dipertingkat untuk kebaikan masyarakat.

Presiden Akademi Sains Malaysia Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail pula berkata penubuhan MOSP juga membolehkan data mentah penyelidikan yang ditaja oleh dana awam dilidungi dan disimpan dalam depositori yang dikawal kerajaan.

Beliau juga berkata pendemokrasian sains yang lahir dari sains terbuka dapat memberi manfaat secara menyeluruh kepada Malaysia yang kini menduduki tangga ke-24 di dunia dalam penghasilan penerbitan saintifik.