Mana Satu – Nikotin atau Asap Rokok Adalah Isu Utama?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan masih terdapat lebih satu bilion perokok menjelang tahun 2025. 

Angka ini sudah tentu membimbangkan kerana jumlah bilangan perokok aktif semakin meningkat setiap tahun. 

Pada masa sama, WHO turut mendedahkan lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok daripada perokok lain.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, apakah faktor utama kadar perokok di negara kita semakin meningkat dari tahun ke tahun?

Ramai rakyat Malaysia terutama remaja anggap merokok amalan biasa
100.00% 1 Undi
Strategi semasa untuk mengurangkan tabiat merokok tidak mencukupi dalam melaksanakan agenda kesihatan awam negara kita
0.00% 0 Undi
Harga rokok di Malaysia terlalu murah
0.00% 0 Undi

Asap rokok berbahaya

Sejak dahulu lagi, majoriti masyarakat di seluruh dunia tahu dan sedar mengenai risiko kesihatan yang bakal dihadapi oleh perokok. 

Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley, berkata asap rokok yang dibebaskan daripada proses pembakaran tembakau mengandungi lebih 6,000 jenis bahan kimia. 

“Lebih daripada 100 telah diklasifikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya, yang mana bahan toksik inilah sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok.

“Justeru, jika ada produk alternatif merokok yang tidak melibatkan sebarang proses pembakaran seperti itu, maka risiko penyakit disebabkan asap rokok secara tidak langsung dapat dikurangkan,” katanya. 

Salah faham mengenai nikotin

Pelbagai kekeliruan dan salah faham mengenai kemudaratan rokok turut tersebar.

Paling popular, kekeliruan mengenai kandungan nikotin yang sering disalah anggap sebagai punca kepada penyakit berkaitan rokok.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Klinikal Solace Asia Addiction Retreat, Solace Wellness dan Solace Academy, Dr Prem Kumar Shanmugam berkata, walaupun kandungan nikotin dalam tembakau menyebabkan ketagihan, ia bukan penyebab utama penyakit berkaitan dengan rokok.

Nikotin boleh didapati secara semula jadi kerana sumber asal bahan ini adalah daripada tumbuh-tumbuhan dari keluarga Solanaceae atau lebih dikenali sebagai nightshade. 

Dalam erti kata lain, pengambilan nikotin tidak menjejaskan kesihatan, malah ia sering digunakan dalam membantu perokok berhenti merokok menerusi terapi penggantian nikotin.

Isu mengenai rokok terus hangat diperkatakan di negara ini selepas kerajaan berhasrat memperkenalkan polisi larangan merokok dikenali Generational End Game (GEG) atau Generasi Penamat.

Satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi menguatkuasakan polisi berkenaan dikenali Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 turut dibentangkan di Parlimen.

RUU berkenaan memperuntukkan larangan bagi individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2007 daripada merokok, membeli atau memiliki produk tembakau termasuk peranti rokok elektronik.

Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 atau dikenali sebagai undang-undang GEG (Generational Endgame) di Dewan Rakyat sebagai langkah melindungi generasi muda daripada terjebak tabiat merokok dan mengurangkan kematian akibat penyakit berkaitan rokok.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia dengan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ini?

Tidak, rakyat belum bersedia kerana ia merupakan tindakan drastik dan kerajaan sewajarnya memperhalus RUU ini dengan pendekatan yang lebih praktikal dan realistik sebelum melaksanakan undang-undang GEG
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi
Ya, sudah bersedia memandangkan kadar kematian akibat merokok semakin meningkat di Malaysia
0.00% 0 Undi

Selain itu, kerajaan turut digesa menaikkan harga dan cukai rokok menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan esok bagi mengurangkan amalan serta tabiat merokok dalam kalangan rakyat khususnya golongan muda.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. V. Subbarow berkata, tinjauan CAP mendapati seorang perokok membelanjakan kira-kira RM400 sebulan untuk pembelian rokok malah  kebanyakkan mereka adalah daripada kumpulan B40.

“Sekiranya kerajaan menaikkan cukai dan harga rokok, kita yakin amalan menghisap rokok akan mula berkurangan termasuk risiko penyakit yang dihadapi”

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah menaikkan harga dan cukai rokok adalah penyelesaian terbaik kurangkan tabiat merokok?

Tidak, tindakan menaikkan harga rokok dan cukai akan menyebabkan perokok beralih kepada sumber alternatif seperti rokok seludup dan tidak berdaftar yang jauh lebih murah harganya
100.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Ya, wajar dilaksanakan dan kerajaan perlu jadikan rokok barang mewah, naikkan harga dan cukai rokok 100%
0.00% 0 Undi

”Perokok tegar akan berfikir terlebih dahulu untuk membeli sekotak rokok sekiranya harganya tinggi di pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Subbarow berkata, statistik ketika ini menunjukkan negara mempunyai kira-kira tujuh juta perokok manakala kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion untuk merawat tiga penyakit berkaitan merokok utama pada 2020.

Jika berlaku kenaikan harga rokok, maka, jumlah perokok akan berkurangan.