M40 wajar terima lebih subsidi, bantuan kerajaan?

​​Tahun 2022 merupakan tahun pemulihan ekonomi pasca krisis Covid-19 hasil daripada langkah kerajaan untuk membuka sepenuhnya aktiviti ekonomi serta sempadan antarabangsa kepada pelancong, dengan momentum pemulihan ekonomi disokong dasar fiskal mengembang dan dasar monetari yang akomodatif.

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Perbelanjaan Isi Rumah mendapati sekitar 32% golongan T20 menggunakan RON95, diikuti M40 sekitar 46% dan B40 pula 22%.

Ini bermakna golongan T20 telah memanfaatkan subsidi tersebut dengan RM8 bilion hampir menyamai peruntukan bantuan tunai RM8 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Golongan M40 pula RM13 bilion dan B40 dengan RM6 bilion.

Faedah yang dinikmati T20 itu sebagai perbandingan juga sebenarnya membolehkan negara membina 16 buah hospital berkapasiti 300 katil bagi setiap hospital atau memiliki 160 buah sekolah dengan 30 bilik darjah bagi setiap sekolah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah pengagihan subsidi secara bersasar wajar menjadi matlamat utama kerajaan Malaysia untuk melindungi hak golongan pendapatan pertengahan serta rendah?

Ya, semua golongan seharusnya wajar menerima subsidi
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, kita juga harus memahami kemampuan kewangan kerajaan
0.00% 0 Undi
Tidak, pengagihan subsidi harus lebih berfokus
0.00% 0 Undi

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku berkata, Bajet 2023 mengambil kira kesejahteraan semua golongan rakyat termasuk golongan M40 yang kini merupakan antara penerima manfaat terbesar subsidi menyeluruh meliputi bahan api, air dan elektrik.

“Berdasarkan unjuran terkini untuk subsidi RON95 sahaja, golongan M40 dianggarkan mendapat manfaat bernilai RM7 bilion berbanding hanya RM3 bilion untuk golongan B40 bagi tahun 2022.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Dengan subsidi secara bersasar, adakah anda rasa dapat mengoptimumkan sumber kewangan negara serta menghasilkan penjimatan yang lebih berbaloi?

Ya, negara harus bijak berbelanja dalam keadaan ekonomi sekarang
100.00% 2 Undi
Mungkin dapat mengoptimumkan dan berjimat
0.00% 0 Undi
Tidak, potong perbelanjaan lain yang tidak mustahak terlebih dahulu
0.00% 0 Undi

Tengku Zafrul berkata, peruntukan bantuan dan subsidi menerusi Bajet 2022 adalah RM31 bilion tetapi bil subsidi sebenar diunjurkan hampir RM80 bilion.

“Peningkatan subsidi adalah kerana kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95, diesel serta gas petroleum cecair (LPG) pada harga kurang daripada 50 peratus harga pasaran tanpa subsidi,” katanya.

Ternyata penggunaan petrol RON95 dilihat terus menjadi penggunaan utama bagi kelas pendapatan tinggi iaitu golongan T20 di Malaysia.

Beliau turut menyarankan agar golongan T20 menggunakan minyak RON97, dan bukan RON95 yang disubsidi bagi mengekang ketirisan ketara yang berlaku berpunca daripada subsidi menyeluruh. 

“Kumpulan M40 berpandangan mereka sewajarnya menerima manfaat lebih baik dalam setiap belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan.

“Golongan M40 adalah antara penerima manfaat terbesar bagi subsidi menyeluruh yang meliputi petrol, diesel, air dan elektrik.

“Dianggarkan golongan M40 mengguna lebih dua kali ganda petrol RON95 bersubsidi jika dibandingkan dengan golongan B40,” ujar Tengku Zafrul yang turut menjelaskan bahawa golongan tersebut tidak dilupakan dalam penyediaan setiap belanjawan dan turut menerima manfaat sama ada dari segi subsidi, bantuan tunai dan insentif cukai.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah wajar golongan M40 menerima lebih bantuan dan subsidi daripada kerajaan berbanding apa yang dinikmati ketika ini?

Tidak pasti, mungkin memerlukan
50.00% 1 Undi
Ya, golongan M40 juga memerlukan bantuan
50.00% 1 Undi
Tidak, golongan B40 lebih memerlukan
0.00% 0 Undi

Tambah beliau, Bajet 2023 turut akan disediakan dengan mengambil kira kesejahteraan semua golongan rakyat, termasuk golongan M40 dalam membantu menghadapi cabaran kos sara hidup.

“Namun yakinlah bahawa kerajaan, bersama agensi-agensinya tetap akan sentiasa memantau rapat persekitaran ekonomi global dan domestik untuk bersedia mengambil langkah proaktif bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi Malaysia sebaik mungkin,” ujar beliau lagi.