Krisis makanan: Bersediakah Malaysia?

Kebimbangan tidak cukup bekalan makanan merupakan isu global bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

Pakar dalam bidang pertanian telah lama memberi amaran kepada kerajaan mengenai keselamatan makanan di negara ini yang berada pada tahap membimbangkan.

Malah kerajaan melalui kementerian yang menjaga pertanian di negara ini juga sering menyentuh perkara itu.

Namun, timbul persoalan tentang usaha dan strategi untuk memastikan kita mampu menghasilkan makanan dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda sebagai rakyat Malaysia bersedia menghadapi krisis makanan?

Tidak, Malaysia belum mempunyai pelan jangka panjang dan pendek yang jelas
66.67% 2 Undi
Ya, kita sudah mempunyai pelan dan strategi yang dapat menyelamatkan kita dari krisis tersebut
33.33% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap masalah dihadapi peladang terutamanya dalam situasi dunia sekarang yang mengakibatkan peningkatan kos bahan mentah.

Kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak krisis makanan daripada berlaku di negara ini.

“Dalam hal ini, kerajaan menggesa Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melaksanakan perubahan dan anjakan paradigma bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

“Kedua, Nafas perlu memberi ‘nafas’ baharu kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan bagi meningkatkan pengeluaran pertanian sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, langkah ketiga adalah menghapuskan orang tengah yang pernah dilakukan beliau ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kerajaan sensitif dan sentiasa maklum akan kesan yang dialami rakyat di negara ini apabila mengambil tindakan serta langkah segera supaya memastikan bekalan makanan terjamin.

“Sebagai contoh, bekalan ayam pada ketika ini harga siling ditetapkan pada kadar RM8.90 sekilogram (kg) yang mana kerajaan mengeluarkan subsidi bagi menampung kos pengeluaran yang ditanggung pihak industri.

“Kita mengimport baja serta komponen makanan haiwan dari luar dan peningkatan kos pengangkutan serta pengeluaran memberi kesan kepada kenaikan harga produk makanan (ayam dan sayur-sayuran),” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kerajaan mengambil langkah dan tindakan segera bagi mengurangkan kesan yang dihadapi oleh rakyat?

Tidak, tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi persediaan menghadapi krisis makanan
66.67% 2 Undi
Ya, kerajaan sedang menguruskan impak kenaikan kos dan harga barang disamping memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi
33.33% 1 Undi
Tidak pasti dan saya tidak kisah
0.00% 0 Undi

Selain itu, stok tepung juga menjadi kebimbangan apabila ia dikatakan hanya bertahan selama 2 bulan sahaja lagi. Musim ‘kemarau’ bagi bekalan tepung gandum kembali lagi apabila golongan peruncit mula berdepan keresahan setelah pihak pemborong mendakwa stok bahan mentah itu hanya mampu bertahan setakat Julai ini.

Situasi itu juga menyebabkan berlakunya kenaikan harga apabila sepeket tepung gandum satu kilogram (kg) kini dijual sehingga RM3.50 berban­ding RM2.80, manakala sekotak tepung gandum 10kg naik sehingga RM6.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kenaikan harga barang bagi industri makanan adalah wajar pada ketika ini?

Tidak, mereka mementingkan diri sendiri dan menyusahkan pembeli sahaja
66.67% 2 Undi
Ya, sangat wajar dan terpaksa bagi menampung kos-kos lain yang semakin meningkat
33.33% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Sementara harga gandum di India mencatatkan rekod baharu, dengan mencecah 25,000 rupee (RM1,418) bagi satu tan, melebihi harga sokongan minimum kerajaan iaitu 20,150 rupee (RM1,143).

Lonjakan itu, harga bahan api, buruh, pengangkutan dan kos pembungkusan turut sama mendorong melonjakkan harga jualan tepung gandum di negara itu.

“Ia bukan sahaja melibatkan gandum. Kenaikan bagi harga secara keseluruhan mencetuskan kebimbangan inflasi. Justeru itu, kerajaan terpaksa menyekat eksport gandum.

“Bagi kami, ia adalah satu tindakan berhati-hati,” kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Walaupun Malaysia tidak menanam gandum, tetapi kita ada kapasiti untuk menanam jagung serta tanaman lain. Dalam hal ini, kita mempunyai pengimport luar seperti gandum dan produk-produk lain dan mereka ini akan cari sumber alternatif lain.

MAFI sebelum ini ada melakukan pelbagai tindakan memastikan bekalan makanan di negara ini sentiasa stabil, cuma dalam menghadapi krisis makanan ini, kementerian itu mungkin perlu lebih proaktif mencari formula lain dalam penghasilan hasil pertanian untuk domestik.

Siap sedia semua.