Kos haji meningkat, bakal beri kesan besar?

Kos menunaikan ibadah haji tahun ini menerusi syarikat pengendali umrah dan haji swasta dijangka mencecah antara RM40,000 hingga RM50,000 seorang, kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Menurut beliau, kos ini meningkat berikutan peningkatan kos dari segi penginapan, makanan dan pengangkutan yang perlu ditanggung jemaah.

“Dahulu kos untuk seorang jemaah haji menginap di Arafah dan Mina adalah sebanyak 1,034 Riyal (kira-kira RM1,166.44), sekarang sudah 5,433 Riyal (bersamaan kira-kira RM6,128.72),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) menjangka kos meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah reaksi anda mengenai peningkatan kos haji ini? Adakah anda bersetuju?

Tidak, masih ada kos yang boleh dikurangkan
66.67% 2 Undi
Ya, wajar kos haji meningkat disebabkan oleh cukai dan caj perkhidmatan
33.33% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Razali turut berkata, selain itu, kenaikan cukai nilai tambah (VAT) yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi merupakan salah satu faktor berlakunya peningkatan kepada kos haji. Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan swasta ini pasti mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan hotel yang berdekatan dengan masjid dimana ia akan mempengaruhi kos mereka.

Selain itu, Pengarah Urusan Manazel Al Mashaer Travel Services Sdn Bhd Mohd Lokman Hamzah berkata kenaikan harga itu antara lain disebabkan oleh kos penginapan yang melambung tinggi susulan kekurangan hotel yang dibenarkan beroperasi.

Kenaikan kos ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada syarikat-syarikat pengendali umrah dan haji, dan ianya tidak dapat dielakkan. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Menurut anda, adakah Tabung Haji merupakan Pengurusan Haji yg terbaik?

Ya, cukup selesa seperti duduk dekat dgn masjid, makan sedap dan khemah yang mempunyai penghawa dingin
100.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, pengurusan haji syarikat lain lebih baik
0.00% 0 Undi

“Kemungkinan (pemintaan haji daripada jemaah) akan berkurangan disebabkan kenaikan kos. Kalau jemaah sudah terpilih, sudah tentu dia akan pilih TH yang (menawarkan kos haji sebanyak) RM25,000. Nak tak nak, mesti dia kena pergi (menunaikan haji) juga.

Berbanding dengan syarikat Tabung Haji, pakej paling rendah paling rendah pun dah RM53,000 atau RM55,000 (dan) rata-rata dari semua agensi paling rendah RM55,000 dan untuk pakej yang paling tinggi boleh mencecah RM270,000 dulu RM230,000,” katanya. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Selepas penjelasan ini, adakah anda sependapat dan lebih faham kos Haji dibelanjakan?

Tidak, saya masih kurang faham mengapa kos haji perlu meningkat
50.00% 1 Undi
Ya, saya sependapat kerana informasi yang cukup
50.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Perkara lain pula berlaku di Indonesia dimana Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) mencadangkan kos pembiayaan perjalanan ibadah haji (BIPIH) bagi 2022 kepada setiap jemaah adalah sebanyak 45 juta rupiah (RM13,198). 

Banyak netizen yang membandingkan harga kos haji di Indonesia dan menuduh Tabung Haji tidak telus, korup, tender pada kroni. 

Harga yang dibayar jemaah Haji Malaysia tak pernah naik sejak 13 tahun.