Kewujudan sekolah aliran Inggeris, perlu atau buang masa?

Jika dilihat kepada generasi kanak-kanak khasnya di bandar utama di Malaysia terdapat situasi dimana kanak-kanak ini dibesarkan dengan komunikasi menggunakan Bahasa Inggeris oleh ibu bapa seawal usia satu atau dua tahun lagi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah tindakan ibu bapa mengajar anak bercakap dalam bahasa Inggeris satu perkembangan yang sihat untuk negara atau bagaimana?

Tidak, ini akan merencatkan perkembangan bahasa ibunda mereka
50.00% 3 Undi
Bagus, memandangkan Bahasa Inggeris semakin penting masa kini
50.00% 3 Undi
Tidak pasti, belum mempunyai anak/ belum merancang
0.00% 0 Undi

Sehubungan dengan itu, Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) telah mencadangkan Kementerian Pelajaran (KPM) mewujudkan sekolah aliran Inggeris di setiap negeri agar murid-muridnya itu nanti diharapkan boleh menjadi guru bahasa tersebut. 

Pengerusinya, Noor Azimah Abdul Rahim berkata, dengan kewujudan sekolah aliran tersebut akan memastikan aliran guru mahir Bahasa Inggeris yang konsisten. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pandangan anda mengenai cadangan untuk mewujudkan sekolah aliran Inggeris?

Saya setuju. Bagus untuk melahirkan barisan guru yang mahir dan berkebolehan tinggi dalam mengajar Bahasa Inggeris
60.00% 3 Undi
Tidak setuju, silibus sedia ada sudah cukup untuk keperluan murid menguasai Bahasa Inggeris
40.00% 2 Undi
Tidak pasti, mungkin boleh dilaksanakan di peringkat percubaan dahulu
0.00% 0 Undi

Beliau turut menggesa KPM untuk meningkatkan Program Dwibahasa (DLP) dengan memberikan kuasa dan skop yang lebih besar kepada unit Bahasa Inggerisnya.

Diperkenalkan pada 2016, Program Dwibahasa (DLP) ini dilihat berdepan dengan pelbagai kekangan dan halangan untuk menawarkan murid pilihan mempelajari subjek tertentu dalam Bahasa Inggeris.

Program DLP ini mesti diteruskan untuk faedah jangka panjangnya untuk murid kerana sebelum KPM didakwa bersikap “acuh tak acuh” terhadap program berkenaan. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju dengan cadangan untuk mengembangkan Program DLP ini agar lebih ramai yang menikmati manfaatnya?

Setuju, biar semua mendapat akses ke Program DLP ini untuk melahirkan generasi yang fasih berbahasa Inggeris
60.00% 3 Undi
Tidak, penuhi keperluan Guru Bahasa Inggeris dahulu dan berikan latihan secukupnya
40.00% 2 Undi
Tidak pasti, mungkin ada baiknya
0.00% 0 Undi

Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak hebat oleh Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) kerana bimbang ia akan mengembalikan diskriminasi pendidikan.

Menurut Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan, pihaknya melihat cadangan kumpulan tertentu untuk mewujudkan sekolah aliran Inggeris sebagai satu usaha untuk mengembalikan diskriminasi pendidikan yang diwujudkan penjajah Inggeris dahulu.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pandangan anda dengan penolakan daripada i-Guru terhadap cadangan meluaskan Program DLP tersebut?

Tidak, Program DLP harus diperluaskan
60.00% 3 Undi
Saya bersependapat dengan penolakan tersebut
40.00% 2 Undi
Tidak pasti, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya
0.00% 0 Undi

Katanya lagi, KPM sebaliknya perlu meningkatkan usaha memastikan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid melalui program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

i-Guru mencadangkan pengajaran Bahasa Inggeris ditumpukan kepada aspek komunikasi dan bukannya difokuskan kepada berkonsepkan peperiksaan di tahap satu, dengan penilaian peperiksaan boleh dilaksanakan secara pentaksiran bilik darjah (PBD).

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah cadangan untuk menumpukan aspek komunikasi dalam pengajaran Bahasa Inggeris di tahap satu suatu cadangan yang baik?

Bagus, kita mulakan dengan memahirkan murid-murid berkomunikasi kemudian fokus aspek penulisan agar keduanya dapat diperkasakan
80.00% 4 Undi
Tidak, ia akan menyebabkan perkembangan aspek penulisan lambat dikembangkan
20.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin boleh dicuba dahulu untuk melihat kebaikannya
0.00% 0 Undi

Cadangan itu menyusul selepas Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mendedahkan kekurangan guru bagi subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.