KETENGAH: Manifestasi Kerajaan Mampu Urus Tadbir Ekonomi

Pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi ancaman seperti bencana alam akibat perubahan iklim global dan krisis geopolitik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ancaman yang dihadapi dunia ketika ini memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.

Berikutan itu, katanya, agensi-agensi kerajaan terus merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kemakmuran seluruh Keluarga Malaysia yang terjejas kesan krisis global berkenaan.

“Ia termasuk Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang turut diberikan mandat untuk membangunkan ekonomi dan sosial di luar bandar supaya kawasan kurang berdaya maju akan mempunyai nilai komersial setanding dengan kawasan bandar.

Sejauh manakah pengetahuan anda tentang agensi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)?

“Justeru, saya ingin merakamkan tahniah atas kejayaan KETENGAH dalam melaksanakan program pembangunan ekonomi dan sosial apabila berjaya memajukan kawasan luar bandar melebihi 650,000 hektar yang memberi manfaat kepada lebih 168,000 penduduk,” katanya.

Bagi tujuan peningkatan ekonomi melalui pembangunan keusahawanan, Ismail Sabri berkata, KETENGAH memperkenalkan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB).

Inisiatif itu, katanya, bagi menggalakkan penduduk luar bandar menceburi bidang perniagaan dengan kemudahan sokongan disediakan kerajaan.

Sehingga kini, seramai 67 usahawan menerima geran berjumlah keseluruhan RM560,000, manakala 24 peserta menerima geran RM5,000 seorang hari ini, membabitkan jumlah keseluruhan RM120,000.

Adakah anda setuju prestasi KETENGAH ini menunjukkan PM, Ismail Sabri cekap dan mampu mengurus tadbir ekonomi dengan baik?

“Selain itu, sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh, anak syarikat KETENGAH, iaitu Ketengah Holding Sdn Bhd telah menyumbang bot dan peralatan penyelamat kepada pasukan Bomba Sukarela Kampung Jongok Batu.

“Sumbangan bernilai lebih RM36,000 itu sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka,” katanya.

Pembangunan luar bandar dijamin akan terus diperkasa sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat menerajui negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau amat cakna dengan pembangunan luar bandar kerana bukan sahaja berasal dari kampung, malah pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Ismail Sabri jamin pembangunan luar bandar terus diperkasa. Adakah anda yakin dengan pimpinan Ismail Sabri untuk menguruskan pembangunan luar bandar?

Beliau berkata, pembangunan luar bandar sentiasa diberi perhatian, malah peruntukannya telah dipertingkatkan lagi pada pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.

“Peruntukan Ketengah misalnya akan dinaikkan kepada RM56 juta pada tahun depan berbanding RM39 juta pada tahun ini.

“Segala pembangunan dan perancangan ini akan diteruskan dengan syarat kerajaan di bawah kepimpinan saya bersama parti berwarna biru (BN) menguasai Putrajaya,” katanya di Bandar Seri Bandi di sini hari ini.