Kes dera Bella: Kewajaran campurtangan TMJ

Kejadian langsir bilik ditarik hingga besi tercabut menjadi punca pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa mula tidak sukakan remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Siti Bainun, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju  antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia bagaimanapun, tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Menurut anda, adakah Siti Bainun bersalah dalam kes penderaan Bella?

Ya, sudah banyak bukti dia mendera Bella
85.00% 17 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
15.00% 3 Undi
Tidak, bukti kurang jelas
0.00% 0 Undi

Perbicaraan kes yang berlangsung ketika ini memperlihatkan pelbagai berita dilaporkan antara Siti Bainun dan remaja berusia 13 tahun itu demi menuntut keadilan sewajarnya.

Tidak terkecuali bagi salah seorang peguam mewakili Siti Bainun iaitu Hafidzah Hassan yang berkongsi ‘cross examination’ (transkrip soal balas) ke atas saksi pendakwaan kelima menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Menurut anda, adakah semua OKT (orang kena tuduh) bersalah?

Ya, kerana kesalahan sudah jelas dan perlu membuat pengakuan
50.00% 8 Undi
Tidak, tak semua OKT bersalah dan wajar mendapat pembelaan
31.25% 5 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
18.75% 3 Undi

Bagaimanapun, orang ramai  kini tertumpu kepada gambar dimuat naik Hafidzah yang memaparkan Siti Bainun bergambar bersama barisan peguamnya. Rata-rata netizen mempersoalkan tahap profesionalisme barisan peguam yang bergambar dengan Siti Bainun dimana ada di antara mereka menunjukkan simbol ‘peace’ dan ‘mini love’.

Meninjau ke ruangan komen, ciapan diulang kicau lebih 8,000 kali itu dihujani hampir semua komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati melihat barisan peguam tersebut ‘membela’ kes Siti Bainun.

Salah satu komen yang diberi oleh netizen ialah:

Saya faham tugas peguam. Wakili klien, abaikan pendirian peribadi. Tapi kalau sampai pose bergambar dengan alleged abuser siap simbol mini love & peace, tak tau nak cakap apa. – @nizambakery

Menurut Hafidzah, “Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam. Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT (orang kena tuduh).

Malah, netizen berpendapat bahawa wajah masing-masing dilihat gembira sekaligus mengenang kesakitan dan penderitaan Bella akibat didera.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah tindakan Hafidzah itu wajar?

Tidak, etika gaya yang tidak profesional
85.71% 12 Undi
Mungkin, saya tak pasti
7.14% 1 Undi
Ya, tidak menjadikan kesalahan dan tidak perlu dijadikan isu
7.14% 1 Undi
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pandangan anda mengenai tindakan TMJ?

Pemimpin lain wajar mencontohi tindakan TMJ
73.68% 14 Undi
TMJ seorang sahaja yang berani, kaya and pemimpin yang guna kuasa untuk membela kes Bella
15.79% 3 Undi
Saya tidak ambil kisah
10.53% 2 Undi
Pemimpin lain sedang berusaha membela nasib Bella
0.00% 0 Undi

Bagi memastikan kes seperti kes Bella tidak berulang, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengemukakan tiga cadangan penambahbaikan.

Cadangan itu dikemukakan dalam pertemuan melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Wakil UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex; dan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail, di Royal Johor Polo Club, di Johor.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Mengapa Siti Bainun mengambil ramai peguam?

Siti Bainun mempunyai kabel politik
40.00% 6 Undi
Kerana Siti Bainun sudah jelas bersalah
40.00% 6 Undi
Kerana dia ingin membuktikan dia tidak bersalah
20.00% 3 Undi

Katanya, antara cadangan itu ialah agar pindaan perundangan membabitkan Akta Kanak-Kanak disegerakan.

“Penambahbaikan undang-undang semasa, seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera. Ia harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan, untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Selain itu, Tunku Ismail turut menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melakukan audit terhadap kesemua pusat jagaan kanak-kanak yang diluluskan serta menutup segera pusat jagaan yang tidak berdaftar dengan JKM.

“JKM perlu segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan JKM atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta. Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kerajaan juga perlu menjalankan kajian segera berhubung syarat pusat jagaan kanak-kanak yang hanya memperoleh tauliah dan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain.

“Kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain.

Terkini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan empat peguam dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan kes Bella.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas peguam Khairul Anwar Rahmat memaklumkan bahawa dia dan tiga lagi peguam iaitu Baljit Singh Sidhu, Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman telah dilantik untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.

“Kami juga akan memohon untuk hadir sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) bagi pihak anakanda Bella selain memohon mendapatkan transkrip rakaman mahkamah (CRT) untuk meneliti perbicaraan sebelum ini,” kata peguam itu.

Ahad lalu, Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi kes penderaan Bella. Tawaran tersebut susulan isteri beliau, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dilapor sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Dakwaan kononnya terlibat dalam melindungi pengasas Rumah Bonda, turut dinafikan oleh anak perempuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami sekeluarga tidak kena mengena dengan OKT atau dengan pemahaman lain, kami sekeluarga tidak pernah melindungi OKT” katanya.

Zahid juga turut menafikan khabar angin bahawa Siti Bainun mampu melantik sepuluh orang barisan peguam disebabkan dirinya.