Kes CuIik: Ibu Bapa diminta berhati-hati

Foto hiasan

Kes percubaan penculikan kanak-kanak belakangan ini mencetuskan kerisauan di kalangan ibu bapa berikutan sebuah sekolah di Kelantan menghantar surat peringatan yang berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid.

Surat itu memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan sejak kebelakangan ini sering berlaku kejadian culik dalam kalangan murid sekolah.

“Menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku,” kata kenyataan tersebut.

Surat ini menyebabkan timbulnya ketakutan dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak yang pergi ke sekolah berkenaan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah sekolah masih tidak selamat walaupun pelbagai langkah keselamatan diambil untuk mengelakkan kejadian penculikan?

Tidak, sekolah sudah selamat dengan pelbagai langkah diambil
50.00% 1 Undi
Ya, kerana penculik ini sangat licik
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, kita hanya boleh berusaha
0.00% 0 Undi

Walau bagaimanapun, dalam berhati-hati terhadap ancaman ini, ibu bapa juga diminta untuk mengesahkan sebarang informasi yang mereka terima mengenai risiko penculikan. 

Polis Kelantan memohon kerjasama rakyat di negeri itu khususnya warga maya supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dakwaan cubaan membawa lari atau menculik kanak kanak di perkarangan sekolah yang berlegar-legar di laman media sosial sejak kebelakangan ini, adalah tidak berasas.

“Beberapa posting (hantaran) yang dimuat naik dalam media sosial dan ditularkan mendorong PDRM khususnya kontinjen Kelantan menjalankan siasatan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda mengikuti berita dakwaan cubaan penculikan di perkarangan sekolah baru-baru ini?

Ya, saya mengikuti dan terus mengingatkan anak-anak
100.00% 1 Undi
Saya hanya mengikuti begitu sahaja
0.00% 0 Undi
Tidak, saya baru mengetahui adanya dakwaan ini
0.00% 0 Undi

“Dakwaan yang mengaitkan individu mencurigakan berada di perkarangan sekolah atau tempat-tempat tertentu juga disiasat oleh pihak polis, namun kesemua dakwaan berkenaan tidak menjurus kepada situasi cubaan membawa lari atau menculik kanak kanak,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, Polis Kelantan pada 22 dan 26 September lalu sudah menjalankan siasatan terhadap dakwaan cubaan menculik pelajar sekolah rendah masing masing di Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

“Hasil siasatan mendapati individu yang dikatakan berada di kawasan sekolah berkenaan tidak mempunyai niat untuk menculik, sebaliknya mempunyai urusan lain.

“Dakwaan sama turut berlaku di daerah Kuala Krai, baru-baru ini, sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di daerah itu.

“Apabila kita jalankan siasatan, rupa-rupanya individu yang dikatakan cuba menculik itu kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan penapis air yang mempunyai urusannya untuk membuat kutipan bulanan dari pelanggan di situ,” katanya.

Katanya, kejadian sama turut berlaku di kawasan Masjid Muhammadi, di sini pada awal September lalu sehingga seorang lelaki kurang siuman menjadi mangsa keadaan apabila dibelasah oleh orang ramai kerana didakwa cuba menculik kanak kanak.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda sentiasa menyemak sebarang info yang mencemaskan yang dihantar kepada anda?

Kadang-kadang. Ada masa saya semak, ada masa tidak
50.00% 1 Undi
Ya, saya akan semak dahulu supaya tiada kekecohan berlaku
50.00% 1 Undi
Tidak, saya tidak semak langsung
0.00% 0 Undi

Begitu juga dengan dakwaan kes penculikan kanak-kanak untuk penjualan organ yang tular baru-baru ini. Bukit Aman mengesan mesej palsu yang pernah disebarkan pada 2017 berkaitan enam kanak-kanak dikatakan dilarikan ke negara jiran bagi penjualan organ, disebarkan semula melalui media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru, berkata semakan mendapati mesej palsu itu diulang siar di beberapa platform media sosial, sejak akhir-akhir ini.

“Mesej berkenaan kononnya meminta masyarakat berwaspada berkaitan kejadian penculikan membabitkan sekumpulan kanak-kanak.

“Kanak-kanak itu dikatakan diberi bahan terlarang yang menyebabkan mereka tidak mampu bercakap untuk memudahkan mereka dilarikan menaiki lori ayam ke negara jiran bagi tujuan pemindahan organ.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dan menyebarkan berita tidak berasas serta tidak ditentukan kesahihannya.

“Mana-mana individu yang dikesan menyebarkan sebarang berita palsu, boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya.