Kempen PRⓤ15: Media Sebagai ‘Senjata’ Prop4ganda?

Tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah bermula usai tamatnya proses penamaan calon pada 10 pagi 5 November 2022.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan ia berlangsung secara rasmi selama 14 hari sehingga 11.59 malam pada 18 November depan.

PRU tahun ini juga menyaksikan lebih separuh pengundi berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun, sekali gus golongan yang cukup rapat dengan media sosial.

Namun, adakah media sosial patut dijadikan alat propaganda utama calon dan parti politik untuk memancing undi?

Penganalisis politik dan Geostrategis, Dr Azmi Hassan berkata, memang benar kebanyakan pengundi khususnya golongan muda meluangkan masa yang cukup banyak dalam media sosial untuk mendapatkan maklumat.

Pada pendapat anda, mana satu medium yang lebih efektif, kempen secara tradisional atau menggunakan media sosial?

Tetapi katanya, tidak semua parti atau calon menggunakan platform itu kerana menyebarkan propaganda dalam media sosial mempunyai cara yang tersendiri.

Tangisan Azwan Ali ketika mengumumkan penarikan dirinya daripada PRU15 cukup cepat tersebar di media sosial. — Facebook

“Sebagai contoh, kalau mereka menggunakan video berdurasi setengah jam sebagai alat propaganda di media sosial, perkara itu tidak berkesan.

Kebanyakkan calon meletakkan maklumat ataupun video calon melawat sana sini di media sosial. Apa pandangan anda dengan cara penyebaran propaganda ini?

Menurut Azmi, walaupun jumlah pengundi muda ramai, itu tidak membuatkan kempen secara maya perlu jadi keutamaan calon atau parti.

Malah katanya, kehadiran calon dan pertemuan secara fizikal masih menjadi medium penting untuk memancing undi.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menggunakan papan iklan sebagai propaganda politik dalam PRU15. — Twitter

“Bukan sahaja secara bersemuka, tetapi hadir dalam bentuk iklan seperti banner, poster mahupun bunting.

“Perkara ini yang menunjukkan kekuatan parti dan individu. Kalau sesetengah kawasan itu tiada perkara ini, seperti menunjukkan yang calon atau parti itu lemah,” katanya.

Selain itu, bekas Perdana Menteri Najib Razak mungkin masih mampu mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun kini dipenjarakan, menurut dua penganalisis.

James Chin dari Institut Asia University of Tasmania berkata “Bossku masih aktif” di Facebook, dan telahpun memulakan kempennya. Malah, Chin menyifatkannya raja media sosial Malaysia, dan tiada pemimpin politik lain mampu menandingi capaiannya.

Walaupun dipenjara, Najib masih aktif berkempen, adakah Najib dapat mempengaruhi orang ramai untuk PRU15?

Menurutnya, BN juga mampu meraih manfaat sekiranya anak Najib, Nooryana Najwa, menyertai kempennya. Nooryana dan abangnya lantang mempersoalkan pemenjaraan bapa mereka.

Bagaimanapun, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) tidak bersetuju bahawa Najib mampu menjadi faktor penting dalam PRU15 kelak.

“Umno mungkin berkempen berdasarkan program lamanya, tetapi Najib sebagai seseorang personaliti mungkin sekadar bersifat marginal,” katanya.