Jangan ambil mudah isu keselamatan rumah, jalanraya ketika Aidilfitri

Kredit: FB PDRM

Isu keselamatan rumah dan jalanraya ialah isu yang amat penting terutamanya ketika musim perayaan. Mana tidaknya, inilah masa kegiatan pecah rumah berleluasa dan pertambahan kenderaan di atas jalan raya yang menambah risiko kemalangan akibat mereka yang tidak berhati-hati.

Oleh itu, kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan keselamatan diri dan harta.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah menyarankan agar orang ramai menggunakan mangga dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berkualiti tinggi bagi melindungi rumah mereka.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda memasang CCTV di rumah anda?

Tidak, harganya mahal
50.00% 2 Undi
Tidak pasti, masih pertimbang
25.00% 1 Undi
Ya, untuk keselamatan kediaman dan harta benda
25.00% 1 Undi

Beliau juga menekankan kepentingan CCTV yang baik bagi membolehkan rakaman dari alat berkenaan membantu pihak polis.

“Sekarang ini ramai yang dah pasang CCTV namun pastikan piksel rakaman adalah besar, barulah pihak polis dapat mengesan suspek sekiranya berlaku kejadian pecah rumah. Ada juga kes di mana pemilik rumah memasangkan CCTV pada sudut yang salah, jadi untuk perkara ini sebenarnya mereka boleh mendapatkan pendapat daripada polis,” jelasnya.

Di samping itu, Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihati orang ramai untuk memastikan agar peralatan dapur gas dalam keadaan yang baik dan injap gas ditutup sebelum pulang ke kampung.

Dengan melakukan saranan tersebut, kita dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kebakaran atau tong gas meletop ketika ketiadaan kita di rumah.

Selain melindungi kediaman kita, aspek keselamatan di jalan raya juga perlu dititikberatkan bagi melindungi diri dan ahli keluarga kita serta pengguna jalan raya yang lain.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah anda berasa selamat untuk berada di jalan raya sepanjang musim perayaan ini?

Mungkin, kita boleh tingkatkan keselamatan jalan raya bersama
50.00% 2 Undi
Tidak, ramai pengguna jalan raya lain yang tidak berhemah
25.00% 1 Undi
Ya, asalkan saya sentiasa berjaga-jaga di jalan raya
25.00% 1 Undi

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Kasim menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Beliau berkata, “Kami menjangkakan antara dua hingga 4.7 juta kenderaan yang akan mula menggunakan jalan raya dan lebuh raya secara bertali arus”

Tambah beliau lagi, pihak polis bersiap sedia untuk menjalankan pemantauan dan membantu melancarkan perjalanan orang ramai pulang berhari raya.

Antara inisiatif PDRM untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya ialah memperluaskan penggunaan alat pengesan had laju In-Car Radar dan alat iCOPS di sepanjang lebuh raya bagi mengesan pesalah trafik yang memiliki saman tertunggak serta waran tangkap.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain menjelaskan bahawa alat berkenaan berfungsi untuk menyemak nombor pendaftaran kenderaan sama ada palsu atau melakukan kesalahan trafik.

“Pesalah trafik mudah dikesan ketika orang ramai pulang ke kampung secara beramai-ramai kerana mereka yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap kesalahan trafik susah untuk dikesan pada hari biasa.” jelasnya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai usaha ini?

Bagus, tangkap semua pesalah laku di jalan raya
100.00% 4 Undi
Mungkin bagus, kita lihat tunggu dan lihat hasilnya nanti
0.00% 0 Undi
Tidak, ramai pesalah laku yang licik
0.00% 0 Undi

Ringkasnya, kita seharusnya menjaga keselamatan dalam suasana meriah meraikan Aidilfitri yang dikira sangat istimewa tahun ini. Langkah berjaga-jaga yang diambil pastinya boleh mengurangkan risiko sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.