Isu Pelajar Dibuli Dibangkitkan PM Sudah Diambil Tindakan – KPM

Baru-baru ini Perdana Menteri menerima satu gambar surat luahan pelajar dibuli yang mana pelajar itu meminta perkara itu diberi perhatian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat segera isu buli dihadapi pelajar sekolah.

Adakah anda mengetahui tentang isu buli yang berlaku baru-baru ini?

“Terima kasih anakanda. Saya akan memohon KPM yang kini dikepalai oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera,” katanya menerusi kenyataan di media sosial termasuk Twitter dan Facebook.

Dalam surat berkenaan, pelajar menyatakan dia dibuli beberapa pelajar sekolah lain.

Mangsa menjelaskan, situasi itu dilaporkan kepada guru namun tiada tindakan diambil, malah guru itu dilihat bersikap rasis.

Justeru dia memohon kepada Anwar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum dan telah mengambil tindakan berkenaan isu buli yang dibangkitkan itu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM tidak akan berkompromi berkenaan hal itu dan berharap semua pihak dapat menyediakan suasana sifar perkauman di sekolah dan rumah.

Pada pendapat anda, adakah KPM cepat bertindak terhadap isu buli di sekolah?

Katanya, sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk murid dan saling hidup harmoni.

“Selain itu, guru juga diharap dapat memberikan contoh teladan terbaik dalam mempamerkan aspek kepemimpinan dan mencerminkan kasih kepada murid-murid.

“Dalam suasana iklim politik di media sosial, harus kita akui anak-anak antara yang akan paling mudah untuk menyerap segala maklumat yang diterima.

Fadhlina Sidek, berkata kes itu sudah berada dalam pemerhatian kementerian, malah segala tindakan perlu sudah dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan secara terperinci apa bentuk tindakan yang sudah diambil terhadap isu itu.

Pada pendapat anda tentang langkah yang tidak mendedahkan bentuk tindakan yang diambil ini?

Timbalannya, Lim Hui Ying berkata, sudah menjadi keutamaan KPM selama ini iaitu melindungi pelajar sekolah daripada dibuli.

Justeru jadikan cuti sekolah ini sebagai ruang untuk mewujudkan ekosistem harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.