Isu Ayam: Kompaun Lebih RM500,000 Kepada Pengeluar, Pemborong, Peruncit ayam

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun berjumlah RM534,200 terhadap 2,205 pengeluar, pemborong dan peruncit ayam serta telur ayam membabitkan pelbagai kesalahan bagi tempoh 5 Feb hingga 29 November.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata, kompaun itu dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu 153 tindakan melibatkan kesalahan menjual melebihi harga maksimum, tidak mempamerkan tanda harga merah jambu pada barang kawalan (1,980) dan tidak mempamerkan tanda harga (72).

“Tindakan dan kompaun terbabit dikenakan terhadap 13 pengeluar, 54 pemborong dan 2,138 peruncit bekalan ayam dan telur ayam, dengan nilai sitaan adalah RM336,634,” katanya.

Pada pendapat anda, adakah KPDNHEP sentiasa peka dan cekap dalam menangani isu ayam ini?

“Ia turut membabitkan nilai sitaan keseluruhan sebanyak RM336,634.80 iaitu masing-masing RM27,342.30 bagi pemborong dan RM309,292.50 bagi peruncit.“Dalam pada itu, seramai 153 peniaga didapati menjual ayam dan telur melebihi harga maksimum, 1,980 gagal mempamerkan tanda harga merah jambu manakala 72 tidak meletakkan tanda harga,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Pada pendapat anda, adakah telur sebelum ini sukar didapati kerana PRU15?

Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai bekalan telur ayam kembali pulih di pasaran namun dijual pada harga yang tinggi selain dikaitkan dengan kewujudan kartel telur ayam yang memanipulasi bekalan terbabit.

Mengenai dakwaan kewujudan kartel telur ayam yang menyorok bekalan itu sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau menyifatkan ia sebagai tuduhan tidak berasas, malah pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan terbabit.

“Sekiranya berlaku, pengguna boleh buat laporan kepada kami dan Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP akan jalankan siasatan, tetapi perlu kemukakan aduan terperinci bagi memudahkan pihak kami,” katanya.

Selain itu, KPDNHEP berkata pihak mereka tidak menerima sebarang laporan berkaitan dengan penjualan telur ayam mencecah RM17 sepapan seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Azman Adam berkata, sekiranya terdapat peniaga menjual telur ayam gred kawalan melebihi harga yang sepatutnya, beliau meminta supaya aduan dibuat kepada pihaknya bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Apa tindakan anda jika anda mengetahui tentang kartel ayam yang menyorok bekalan ayam?

“Kita mengawal harga bagi telur ayam gred A, B dan C iaitu yang dijual dengan harga 45 sen sebiji, 43 sen dan 41 sen, manakala harga bagi telur ayam jenis istimewa atau Omega, ia bukan di bawah kawalan.

“Setakat ini, tiada laporan yang diterima berhubung dengan isu penjualan telur ayam RM17 sepapan, jika ada aduan kita akan menyiasat seperti biasa,” katanya kepada media.

Azman berkata, pihaknya mengalu-alukan pengguna untuk membuat aduan melalui enam saluran rasmi KPDNHEP iaitu Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) dengan menelefon 03-8882 6088/6245, aplikasi Ez-ADU, menerusi talian hotline 1-800-886-800, WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000, portal e-Aduan http://e-aduan.kpdnhep.gov.my dan e-mel eaduan@kpdnhep.gov.my.