Isu Ayam: Bagaimana situasi sekarang?

Turun naik harga ayam belakangan ini terus menerus menjadi topik perbincangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga bahan makanan akhir-akhir ini menggusarkan rakyat dan memerlukan tindakan pantas oleh pihak kerajaan untuk menanganinya.

Berikutan langkah-langkah penyelesaian yang diambil oleh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, ternyata ia membuahkan hasil.

Harga purata jualan ayam dilaporkan stabil di seluruh negara dan direkodkan lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan bahawa harga purata ayam seluruh negara ialah RM8.57 sekilogram yang jauh lebih rendah daripada harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Bagaimana dengan harga ayam di sekitar anda?

Harga ayam yang dijual di sekitar saya sudah turun
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, saya jarang beli ayam
0.00% 0 Undi
Tiada penurunan harga di sekitar saya. Mungkin di kawasan saya belum turun
0.00% 0 Undi

Pada masa yang sama, Kelantan mencatatkan harga yang paling rendah serendah RM8.04 sekilogram. Bekalan ayam juga dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah.

Tambah beliau lagi, bekalan telur juga tidak mempunyai sebarang masalah dan harganya selari dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Situasi yang sama turut dilaporkan oleh para peniaga.

Peniaga, Azmi Sahamin berkata “Bekalan ayam masih stabil walaupun berlaku kenaikan harga sedikit dalam tempoh beberapa minggu ini.

“Permintaan bagaimanapun agak menurun sedikit mungkin disebabkan tiada musim perayaan dalam waktu terdekat,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah bekalan ayam di sekitar anda mencukupi?

Ya, cukup dan tidak perlu pergi jauh hanya untuk mendapatkan ayam
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin cukup
0.00% 0 Undi
Tidak mencukupi. Masa saya pergi beli, ayam sudah habis
0.00% 0 Undi

Seorang lagi peniaga, Robaiyah Amir berkata, dia menjual ayam kini pada harga RM8.90 sekilogram namun masih boleh menampung kos operasi.

Katanya, harga kini kerap berubah di peringkat pemborong mungkin disebabkan faktor harga makanan ternakan itu.

Sementara itu, pengguna, Rokiah Ahmad berkata, bekalan ayam yang stabil membolehkan harga diturunkan lebih rendah daripada harga siling ditetapkan kerajaan.

Katanya, ayam kini menjadi pilihan utama ekoran peningkatan mendadak hasil laut seperti ikan dan sotong.

“Harga ayam mungkin boleh dikaji semula kerana ada sesetengah tempat yang boleh menjualnya pada harga yang lebih rendah,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata walaupun Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi baru ditubuhkan, usaha untuk menangani inflasi terutama dari segi penguatkuasaan dijalankan secara berfokus.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai usaha yang telah dilaksanakan oleh pasukan khas ini?

Sangat baik, kita dapat lihat hasilnya sekarang
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin baik
0.00% 0 Undi
Perlu dipertingkatkan lagi agar lebih menyeluruh
0.00% 0 Undi

“Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dijalankan dua kali seminggu memberi banyak kesan kepada usaha untuk menangani inflasi terutama penguatkuasaan.

Kejayaan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi juga dibuktikan dengan bekalan ayam yang sudah kembali stabil dan Mustapa berkata, kerajaan akan mempertimbangkan beberapa rayuan yang dibuat daripada pihak pengusaha ternakan ayam.

Beliau berkata, keadaan inflasi dalam negara sedikit reda, walaupun angkanya masih tinggi iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP) yang digunakan untuk mengukur kadar inflasi di negara ini pada Jun lalu adalah 3.4 peratus, berbanding Mei sebanyak 2.8 peratus.