Harga kit ujian Covid-19 mahal, perlu teliti semula harga siling?

Pihak kerajaan sedang meneliti harga siling Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Kit Ujian Kendiri) yang menjadi keperluan rakyat sebagai langkah untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, harga maksimum runcit kit ujian telah ditetapkan RM19.90 manakala RM16.00 untuk peringkat borong di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah harga kit ujian di pasaran mampu milik?

Tidak, harga kit ujian masih mahal
50.00% 1 Undi
Ya, harga ditetapkan wajar
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, seperti sama
0.00% 0 Undi

Penetapan harga siling kit ujian ini tahun lalu telah membolehkan lebih banyak produk ini dibawa masuk serta pembeli juga boleh mendapatkan kit ujian ini dengan harga lebih rendah. Sekiranya harga siling kit ujian direndahkan lagi, banyak jenama yang sedia ada tidak lagi dapat dibawa masuk, menurut beliau.

Alexander menambah lagi, pemantauan sentiasa dijalankan di peringkat pengilang, pemborong dan peniaga dalam usaha memastikan bekalan produk ini cukup untuk memenuhi permintaan pengguna.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah harga kit ujian harus direndahkan lagi untuk rakyat?

Ya, rendahkan lagi harga
100.00% 4 Undi
Tidak, risau tidak dapat kepelbagaian kit
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, mungkin sama sahaja.
0.00% 0 Undi

Namun, Steven Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) menyatakan bahawa didapati harga kit ujian ini dinaikkan sehingga RM9 atas permintaan lebih tinggi. Oleh itu, beliau telah mencadangkan untuk harga kit ujian ditetapkan di bawah RM5 dan subsidi diberikan untuk ujian RT-PCR dengan harga di bawah RM100 bagi membolehkan rakyat mendapatkan ujian ini dengan lebih mudah.

Namun terdapat dakwaan kemungkinan ada kenaikan harga dari pihak penjual kerana jangkitan Covid-19 akibat gelombang Omicron semakin meningkat.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pengamatan anda, adakah benar harga kit ujian turut meningkat ketika gelombang Omicron?

Tidak, sama sahaja
100.00% 1 Undi
Tidak pasti
0.00% 0 Undi
Ya, tiba-tiba harga naik
0.00% 0 Undi