Gelombang baru Covid-19 bakal mengganas kembali lebih awal?

Walaupun Malaysia berada di fasa endemik Covid-19, kita tidak boleh melihat perkara itu sebagai satu ‘keadaan yang meredakan’. 

Baru-baru ini, telah dilaporkan gelombang baharu COVID-19 di negara ini berkemungkinan berlaku lebih awal berbanding tempoh antara dua atau tiga bulan lagi seperti diumumkan sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, gelombang kedua adalah berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak tiga hari kebelakangan ini, dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendirian anda mengenai gelombang baru COVID-19 ini?

Saya perlu lebih bersedia dan mengambil langkah pencegahan awal dari setiap aspek
60.00% 3 Undi
Saya tidak pasti dan tidak kisah
20.00% 1 Undi
Saya tidak percaya dengan kenyataan ini, ini hanyalah propaganda semata-mata
20.00% 1 Undi

Menurutnya, walaupun kes jangkitan Covid-19 di dalam negara terkawal, namun gelombang Covid-19 mempunyai pasang surut.

Jelasnya, negara kini merekodkan 2,766 kes berbanding sebelum ini hanya berada pada paras antara 1,000 ke 2,000 kes sahaja setiap hari.

“Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes kecuali beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan, menunjukkan penurunan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, apakah faktor sesetengah masyarakat belum mengambil dos penggalak?

Positif, kadar kematian, kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini masih terkawal atau pada paras rendah
75.00% 3 Undi
Negatif, situasi COVID-19 di negara kita masih belum terkawal
25.00% 1 Undi
Neutral, saya tidak mengikuti perkembangan itu
0.00% 0 Undi

Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa mengikuti perkembangan di negara jiran, khususnya Singapura susulan pembukaan sempadan negara, baru-baru ini yang menyaksikan rakyat bebas keluar dan masuk antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, Menteri Kesihatan Singapura juga ada memaklumkan bahawa varian Omicron BA.4 dan varian BA.5 di Singapura mencatatkan 30 peratus daripada keseluruhan kes dan kebolehjangkitan tinggi berbanding varian BA.2 di Malaysia.

“Kesan varian berkenaan adalah sama dengan yang asal iaitu kadar kebolehjangkitan tinggi dan ini sesuatu yang mungkin menyebabkan kes meningkat, namun masih terkawal.

“Ini adalah mesej kepada rakyat bahawa COVID-19 ini sudah bersama kita yang perlu kita lalui dan sebab itu langkah pencegahan terus dilakukan seperti memakai pelitup muka,” katanya.

Beliau berkata, setakat 20 Jun, seramai 107844 individu di Malaysia menerima dos penggalak kedua.

“Daripada jumlah itu, 57,834 merupakan warga emas,” katanya.

Golongan warga emas dan individu yang mempunyai penyakit kronik perlu segera dan digalakkan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak kedua bagi melindungi diri daripada kesan sampingan yang buruk sekiranya dijangkiti COVID-19.

“Sebab itu dalam kategori tertentu, mereka yang berusia dan mengalami masalah kesihatan yang kronik digalakkan untuk top up imuniti mereka melalui penambahan dos vaksin,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, apakah faktor sesetengah masyarakat belum mengambil dos penggalak?

Ahli keluarga atau kenalan menasihati untuk tidak mengambil dos penggalak
33.33% 1 Undi
Risau dengan kesan sampingan dos penggalak
33.33% 1 Undi
Yakin bahawa kemungkinan untuk mendapat jangkitan COVID19 itu rendah
33.33% 1 Undi
Merasakan 2 dos vaksin sudah mencukupi untuk melawan COVID19
0.00% 0 Undi

Selain itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) juga menunjukkan perkembangan yang positif dan bakal dibuka semula bermula 20 Jun hingga 24 Jun ini. Menurut Khairy, seramai 397 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima suntikan vaksin melalui program itu.

Katanya, walaupun PICKids telah diumumkan tamat pada 31 Mei lepas, terdapat ibu bapa yang meminta supaya diberi peluang untuk mendapatkan kemudahan vaksinasi itu.

“Ada juga masyarakat terpinggir kerana tak dapat maklumat sebelum ini. Maka kita setuju untuk buat kempen ini semula secara terhad bagi memastikan mereka yang terlepas peluang diberikan kemudahan vaksinasi kepada anak-anak mereka,” katanya.

Rakyat dinasihatkan mengambil langkah drastik untuk lebih bersedia dan belajar ‘hidup’ bersama Covid-19 kerana semua pihak harus menerima kenyataan bahawa virus tersebut telah menular dan bakal mengganas lebih awal di dalam komuniti.

Semoga dengan langkah-langkah ini, kita dapat mengelakkan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga tersayang, rakan sekerja dan jiran tetangga.