Gaji minimum RM1,500: Kerajaan tegas peningkatan wajar dilaksanakan

Sudah 2022, namun rakyat masih terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang mendadak dengan kadar gaji yang masih tidak berubah seperti 10 tahun lalu dan keadaan ini telah mengundang desakan rakyat terhadap kerajaan untuk menaikkan gaji minimum di Malaysia.

Jika dilihat secara asasnya, minimum gaji RM1,100 hingga RM1,200 sebulan pada 2021 untuk individu yang menetap di Kuala Lumpur, dengan komitmen untuk menampung keperluan asas, simpanan, perlindungan dan insurans kesihatan adalah sangat tidak sesuai dan tidak berkesan. Memandangkan kos sara hidup yang tinggi ketika ini, saranan ini sememangnya dialu-alukan ramai. 

Kerajaan jelas senantiasa  prihatin dengan masalah kos sara hidup rakyat, justeru semua pegawai kerajaan dibayar sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan bagi jumlah gaji dan elaun. Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, sektor swasta perlu melaksanakan tahap gaji minimum bagi membantu pekerja mengatasi masalah kehidupan khususnya pekerja berpendapatan rendah. 

Kerajaan komited untuk memastikan kakitangan tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibayar sekurang-kurangnya RM1,500 setiap bulan.

Pengumuman itu harus menjadi peringatan kepada syarikat swasta bahawa sudah tiba masanya untuk menetapkan gaji minimum RM1,500, memandangkan rakyat sedang tertekan untuk memenuhi keperluan hidup.

Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan prihatin tentang kos sara hidup hari ini, namun pada masa sama tidak mahu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta PKS mikro menghadapi kesukaran berhubung pelaksanaan gaji minimum itu.

“Tujuan kita untuk membantu pekerja, tapi akhirnya mereka dibuang kerja kerana majikan tak mampu nak bayar gaji mereka, jadi kita akan tengok pertimbangan keseluruhan, kepentingan pekerja dan dalam masa sama kita nak dengar pandangan daripada majikan,” katanya. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kenaikkan gaji minimum RM1500 wajar pada masa sekarang?

Ya, ekonomi kita semakin pulih
69.23% 9 Undi
Tidak, kerana bakal memberi kesan ekonomi dan kewangan kepada majikan
23.08% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
7.69% 1 Undi

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, cadangan gaji minimum RM1,500 akan diumumkan dalam masa terdekat memandangkan kedudukan ekonomi negara bertambah baik. Kebanyakan firma kelihatan berkembang maju dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

“Sehubungan itu, kerajaan mencadangkan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu dalam masa terdekat dan bukan pada penghujung 2022,” katanya dalam jawapan parlimen pada Isnin (14 Mac).

Beliau juga berkata walaupun sesetengah pihak mahu gaji minimum baharu disegerakan berikutan peningkatan kos sara hidup, ia hanya akan dilakukan selepas mengambil kira keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Negara bakal beralih ke fasa endemik, dan dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan kerajaan, rakyat Malaysia yang turut terjejas dengan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan beberapa bulan lalu dan kini bertungkus-lumus untuk kembali membangunkan ekonomi keluarga dan perniagaan mereka.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah dengan kenaikkan gaji minimum RM1,500 akan menyelesaikan masalah bebanan ekonomi yang ditanggung rakyat?

Ya, dengan keadaan semasa, ianya amat membantu
63.64% 7 Undi
Tidak, masalah bebanan ekonomi akan terus berlaku
27.27% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
9.09% 1 Undi