ePemula: E-tunai RM150

Semenjak dunia dilanda COVID19, sistem teknologi dan transaksi online semakin meningkat termasuk di Malaysia. Rakyat lebih selesa menggunakan e-wallet untuk shopping dan juga kedai di luar sana. 

Ini memudahkan rakyat yang memilih untuk menggunakan e-wallet dimana mereka tidak perlu membawa  wang tunai di dalam dompet dan membayar secara fizikal. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda kini lebih memilih pembayaran secara e-wallet berbanding secara fizikal?

Ya, kerana ia lebih mudah dan dapat memantau trend perbelanjaan harian dan bulanan secara online daripada masa ke semasa
100.00% 4 Undi
Mungkin, saya kurang pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, saya lebih suka membayar secara fizikal
0.00% 0 Undi

Melihat peningkatan trend sekarang, kerajaan telah memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 atau ePemula.  Inisiatif ini diharapkan dapat mengalakkan dan meningkatkan transaksi tanpa tunai atau e-wallet di premis perniagaan di Malaysia.

Sebanyak RM30 juta bagi e-tunai bernilai RM150  diperuntukkan untuk belia 18 sehingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata lebih 2 juta belia akan mendapat manfaat daripada e-Pemula dan akan ada lebih banyak program pembiayaan seperti ini pada 2022.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah inisiatif kerajaan ini membantu belia terutamanya pelajar?

Ya, dapat membantu mengurangkan beban kewangan belia
75.00% 3 Undi
Lebih baik beri bantuan RM150 secara tunai
25.00% 1 Undi
Tidak, belia tidak perlu diberi bantuan
0.00% 0 Undi

Bermula 11 April 2022, golongan ini boleh mula mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai melalui satu daripada empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. 

Program ePemula ini akan dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 15 April 2022 ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan menyatakan selain dari RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini.

Program ePemula ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang:

  1. mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004); atau
  2. merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Mereka yang layak boleh memohon menggunakan salah satu pautan di bawah:

  1. SHOPEE RM150 Daftar & Claim e-pemula shopee https://shopee.com.my
  2. GRAB / GRABPAY RM150 Daftar & Claim e-pemula grabpay https://www.grab.com
  3. TOUCH N GO TNG RM150 Daftar & Claim e-pemula touch n go tng https://www.touchngo.com.my
  4. BIGPAY RM150 Daftar & Claim e-pemula bigpay https://www.bigpayme.com
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pandangan anda tentang cara claim e-pemula ini?

Memudahkan kerana ramai rakyat Malaysia menggunakan empat (4) perkhidmatan di atas
75.00% 3 Undi
Penyedia perkhidmatan e-wallet perlu diperluaskan seperti boost, aeon wallet, maybank (mae) ewallet dan sebagainya
25.00% 1 Undi
Lebih baik beri bantuan RM150 secara tunai
0.00% 0 Undi

Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini akan bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula serta inisiatif lain yang memanfaatkan golongan belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html
Bagi pelbagai manfaat lain khusus untuk belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html