Majlis Pemulihan Negara (MPN) merupakan inisiatif Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika beliau masih perdana menteri.
MPN ditubuhkan pada Julai tahun 2021 bagi menggantikan Jawatankuasa Khas Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan berfungsi memantau pelaksanaan PPN ketika Malaysia beralih kepada fasa endemik.
Cadangan asal penubuhan MPN disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan merupakan amanah untuk beliau meneruskan segala usaha dan perancangan yang dimulakan sebelum ini bagi memulihkan negara daripada kesan wabak COVID-19.
Majlis Pemulihan Negara seharusnya berperanan membantu YAB Perdana Menteri dan kerajaan membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara.
“Ini termasuk menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, memudah cara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial, pendidikan dan keagamaan serta mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan kepada norma baharu kehidupan selaras dengan peralihan pengurusan COVID-19 yang akan memasuki fasa endemik,” katanya.
Ahmad Zahid menggesa MPN dibubarkan selepas kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad senada dengan pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaan untuk membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang disifatkan gagal berfungsi.
Dr Mahathir berkata, MPN hanya ibarat sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat dalam usaha memulihkan ekonomi negara yang tenat.
“Yang itu saya bersetuju, MPN tak boleh buat apa pun. Buat label saja, bagi orang tengok kononnya untuk pulihkan negara. Mahu bersirat sebenarnya, nak berjihad tidak ada,” katanya.
Mengulas mengenai Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diwujudkan, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyifatkan niat kerajaan menubuhkan pasukan khas bagi menangani kenaikan harga barang dan inflasi adalah baik, namun ia hanyalah sekadar ‘cadangan’.
“Niat itu bagus. Kerajaan sendiri memang ada banyak cadangan yang baik tetapi mereka tidak tahu macam mana nak buat (laksana), cuma niat sajalah,” katanya.
“Kita tahu inflasi ini disebabkan pelbagai faktor, situasi ini semua dunia sedang hadapi. Antara sebab adalah peperangan dan pandemik Covid-19, ramai orang tak boleh bekerja, duit tiada, lepas itu pula harga barang naik dan ada pula barang tidak cukup menyebabkan harga barang terus meningkat,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, satu Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ditubuhkan bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.
Menurut Ismail Sabri, pasukan khas yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu berperanan untuk mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin menegaskan isu prestasi majlis itu terserah kepada rakyat untuk menilai sebaliknya bukan orang politik.
“Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai, kadang-kadang apabila orang politik buat kenyataan itu ada muslihat politik. Saya tak nak kata apa-apa, itu terserah rakyat.
“Saya berada di sini (dalam MPN) untuk membantu negara bukan sahaja bantu kerajaan, saya ambil pendirian apa keputusan yang kita nak usulkan kerajaan kena mengikut dasar kerajaan sedia ada.
“Kalau ada perkara baru yang nak disegerakan contohnya waktu kita nak buat keputusan untuk buka sempadan negara, jadi apa yang diputuskan oleh MPN sempadan dibuka awal Januari tapi nampaknya kerajaan menangguhkan baru bulan April dibuka.
“Tetapi usul sudah datang daripada kita, kenapa kita minta disegerakan kerana selagi kita tutup sempadan bermakna ekonomi kita tidak akan berkembang cepat pelancong pun tidak masuk ke negara kita, kita rugi wang yang cukup besar,” katanya.
“Kami badan yang memberi nasihat, jadi nak kata gagal atau tak gagal kalau kerajaan fikir cadangan kita baik dia akan buat.
“Kalau rakyat kata Muhyiddin berhentilah, saya berhenti. Lagipun ada duduk di sini sebagai sumbangan probono, saya tak minta gaji saya buat dengan ikhlas dan tak ambil apa-apa bayaran,” jelas Muhyiddin.