Cuti haid: Bersediakah Malaysia?

Foto sekadar hiasan

Beberapa negara sudah pun memperkenalkan cuti sakit haid untuk pekerja wanita seperti Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan beberapa lagi negara lain. Keperluan cuti ini amat penting bukan sahaja meringankan wanita yang sedang mengalami kesakitan akibat haid ketika waktu kerja. Malahan ia juga menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan wanita.

Kajian berhubung pengenalan cuti haid untuk golongan pekerja wanita dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober tahun ini sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai usaha untuk memperkenalkan cuti haid ini?

Sangat baik, wanita sangat perlukan cuti ini
100.00% 2 Undi
Mungkin baik, perlu juga kajian mendalam agar tiada ambil kesempatan
0.00% 0 Undi
Tidak, ganggu produktiviti kerja
0.00% 0 Undi

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, perkara itu memerlukan perbincangan lanjut dengan banyak pihak berkaitan.

“Pengenalan cuti haid memerlukan pemerhatian dan perbincangan lanjut termasuk dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan.

“Ini kerana pengenalan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan pekerja wanita, tetapi memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara. Kajian melibatkan lebih 57,000 responden,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada 20 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, buat masa ini terdapat cuti sakit dan cuti rehat diperuntukkan sama ada oleh sektor swasta mahupun awam kepada pekerja wanita yang mengalami haid.

Pada masa sama, pihak kerajaan juga giat menjalankan usaha pembasmian kemiskinan haid yang membelenggu rakyat yang kian mendapat perhatian semua pihak belakangan ini.

Beliau mengulas mengenai subsidi tuala wanita, beliau berkata, kemiskinan haid secara relatifnya adalah merujuk kepada situasi apabila individu perempuan tidak mendapat akses kepada tuala wanita disebabkan kekangan kewangan.

“KPWKM berpandangan kajian lanjut perlu dilaksanakan berhubung keperluan pemberian subsidi tuala wanita bagi membolehkan Kerajaan mendapat gambaran sebenar berhubung isu kemiskinan haid yang dialami oleh golongan wanita khususnya di kalangan isi rumah B40 di Malaysia.

“Selain itu, dapatan kajian ini juga membolehkan satu pendekatan yang lebih komprehensif dan bersasar diperkenalkan bagi menangani isu kemiskinan haid tersebut,” katanya.

beliau memaklumkan, kit asas kebersihan diri iaitu tuala wanita telah diagihkan secara percuma kepada 130,000 remaja wanita daripada golongan B40 setakat ini.

“Kita sudah kita belanja peruntukan berkait tuala wanita melibatkan RM2.39 juta. Program ini melibat dua perkara. Pertama sumbangan tuala wanita kepada pelajar yang memerlukan dan seterusnya program pendidikan tentang kebersihan,” katanya.

Sungguhpun begitu, negara perlu menyedari dan melihat kepada kebarangkalian isu-isu yang bakal bangkit sekiranya cuti haid diluluskan.

Menurut Pegawai Penyelidikan dan Advokasi Women’s Aid Organisation, Isabel Chun berkata terdapat dua isu yang timbul berkaitan isu pemberian cuti haid di negara lain. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda sedar mengenai tahap kemiskinan haid di negara kita?

Tidak pasti, saya juga ada dengar mengenai isu ini
50.00% 1 Undi
Ya, dan ia sangat membimbangkan
50.00% 1 Undi
Tidak, saya baru dengar isu ini
0.00% 0 Undi

Isu pertama ialah diskriminasi terhadap wanita ketika proses pengambilan kerja. Hal ini disebabkan oleh pekerja wanita dilihat sebagai liabiliti serta terdapat persepsi penyalahgunaan cuti haid oleh mereka.

Isu kedua ialah keraguan majikan terhadap pekerja wanita yang memohon cuti sakit haid. Pekerja wanita seharusnya dapat memohon cuti ini tanpa rasa takut dan direndahkan oleh majikan.

Tambah beliau lagi, isu ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana separuh daripada keseluruhan populasi Malaysia adalah terdiri daripada wanita. Ini menunjukkan bahawa kesihatan wanita juga kesihatan awam.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pengamatan anda, adakah masyarakat umum terlalu memandang remeh mengenai isu pengurusan haid ini?

Ya, terutamanya dari golongan yang tidak mengalami sakit haid ini
100.00% 1 Undi
Mungkin, saya ada juga lihat beberapa situasi yang meremehkan wanita yang sedang mengalami sakit haid
0.00% 0 Undi
Tidak, masyarakat mulai cakna dengan keseriusan isu ini
0.00% 0 Undi

Masalah yang mungkin timbul ini menuntut kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengurusan haid dalam masyarakat yang memerlukan pendidikan yang sewajarnya kepada semua pihak.

Hal ini kerana, isu kemiskinan haid berkait rapat dengan persoalan hak asasi bagi kanak-kanak perempuan dan wanita, kekurangan akses produk haid, pendidikan, kemudahan kebersihan, pengurusan sisa atau gabungan faktor itu.

Oleh itu, semua pihak perlu berperanan dalam menangani isu kemiskinan haid termasuk pentadbiran di sekolah, institusi pendidikan tinggi (IPT) mahupun majikan di tempat kerja untuk menyalurkan maklumat serta menyediakan saluran khas sebagai bentuk kemudahan kepada golongan ini.

Peningkatan pendidikan dan perkongsian pengetahuan berkaitan pengurusan haid perlu dilakukan lebih terbuka tanpa stigma atau persepsi negatif.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah institusi pendidikan sebuah platform yang baik untuk menerapkan kesedaran mengenai isu pengurusan haid?

Ya, sesuai dengan fungsi utamanya iaitu mendidik. Seharunya institusi seperti ini mendidik pentingnya mengenai kecaknaan mengenai isu ini
100.00% 1 Undi
Mungkin, saya ada juga lihat beberapa situasi yang meremehkan wanita yang sedang mengalami sakit haid
0.00% 0 Undi
Tidak, ibu bapa seharusnya menjalankan tugas ini dahulu
0.00% 0 Undi

Perkongsian pengetahuan antara organisasi, dalam komuniti dan sekolah perlu mampu melindungi golongan itu daripada perasaan malu, tidak selesa serta rendah diri, sekali gus mengubahnya kepada perasaan prihatin, dihargai, dihormati serta disayangi.

Selain itu, semua pihak berkepentingan perlu menyediakan platform mendapatkan maklumat dan akses kepada kemudahan serta produk pengurusan haid, di samping mewujudkan dasar baharu dapat membantu menyokong kesihatan dan kesejahteraan mereka.