Buli sekolah: 13 ditahan belasah seorang pelajar di Langkawi, apakah tindakan paling wajar buat pembuli?

Tangkap layar video tular kejadian buli di sebuah sekolah di Langkawi yang memaparkan seorang pelajar dipukul oleh beberapa pelajar lain.

Negara digemparkan lagi dengan isu buli terbaru melibatkan tangkapan 13 orang pelajar berusia 16 tahun sebuah sekolah menengah di Langkawi pada Khamis. 

Lebih memeritkan, mangsa buli itu dipukul beramai-ramai seperti anak ayam dan ada yang bertindak seperti jaguh kungfu shoalin dengan gaya tendangan terbang dan ada yang bertindak persis bintang gusti WWE membaling meja ke arah pelajar malang tarsebut. 

Tangkapan telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi susulan tular sebuah video berdurasi 25 saat di mana seorang pelajar lelaki dipukul oleh sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah dan tangkapan dilakukan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian itu susulan seorang pelajar lelaki tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah perasaan anda apabila melihat video tular pelajar dibelasah di sekolah?

Amat marah kerana buli sekolah masih berlaku
100.00% 8 Undi
Tidak pasti, belum lihat video
0.00% 0 Undi
Biasa sahaja, buli adalah perkara biasa
0.00% 0 Undi

Difahamkan mangsa baru berpindah ke Langkawi lebih kurang sebulan yang lalu, telah dipukul kira-kira jam 9 pagi di dalam sebuah kelas di sekolah berkenaan.

Menurut mangsa, punca perilaku tersebut berlaku kerana salah faham dan mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha setelah pihak polis menerima laporan daripada mangsa. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah buli ini berlaku kerana kurang pemantauan oleh pihak sekolah?

Ya, pihak sekolah kurang pantau
75.00% 6 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
12.50% 1 Undi
Tidak, pihak sekolah tidak harus dipersalahkan
12.50% 1 Undi

Kesemua yang ditangkap, disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Siasatan masih sedang dijalankan dan pihak polis meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah hukuman paling wajar dikenakan kepada pembuli di sekolah?

Buang sekolah & hantar sekolah Pemulihan
85.71% 6 Undi
Perlu dihukum seperti pesalah jenayah lain iaitu penjara & sebat
14.29% 1 Undi
Hanya amaran, tidak perlu ambil tindakan
0.00% 0 Undi

Terkini pada Jumaat, 13 pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sekolah menengah di sini, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Pengesahan tersebut dilakukan oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, susulan rakaman percakapan ke atas semua suspek selesai dilakukan pihaknya.

Gejala buli di sekolah ini merupakan antara “penyakit paling kronik” yang sehingga kini amat sukar untuk dibendung sejak dulu lagi. 

Memandangkan kini merupakan zaman teknologi dan ada pelajar yang dibenarkan untuk membawa telefon pintar ke sekolah, kes buli di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa dan ada pelajar yang dilihat seakan berani menonjolkan perilaku ganas mereka untuk tontonan umum. Untuk apa dan siapa, hanya pembuli sahaja yang mengetahuinya. 

Justeru pembuli wajar dihukum!