Bukan warganegara “rompak” RON95?

Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura disambut gembira oleh pelbagai pihak terutamanya bagi mereka yang terpisah lama kerana penutupan sempadan kedua-dua negara. 

Di sebalik kegembiraan ini, isu lama kembali menghantui yang seterusnya membangkitkan kemarahan ramai iaitu pembelian petrol bersubsidi negara oleh pemilik kenderaan asing dari negara seberang tambak berkenaan.

Tular di media sosial gambar pemilik kenderaan dengan plat pendaftaran Singapura mengisi petrol RON95 tersebar luas.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pernahkah anda melihat kenderaan asing membeli petrol RON95?

Ya, saya pernah melihat
57.14% 4 Undi
Tidak pasti, hanya fokus isi minyak
28.57% 2 Undi
Tidak, saya tidak pernah
14.29% 1 Undi

Menurut Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam, lima aduan diterima mengenai insiden yang melibatkan kereta plat negara jiran dan dua stesen minyak sedang disiasat sebelum diambil tindakan.

Perkara ini menimbulkan kemarahan ramai kerana ianya salah disisi undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 196.

Difahamkan kejadian ini sering berlaku atas faktor kekurangan tenaga kerja di stesen minyak.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Perlukah kerajaan melabur teknologi untuk tujuan pemantauan ini?

Ya, itulah gunanya teknologi
50.00% 3 Undi
Tidak pasti, boleh dicuba
33.33% 2 Undi
Tidak, cukupkan pekerja stesen dulu
16.67% 1 Undi

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz menyatakan bahawa tenaga kerja yang tidak mencukupi menyukarkan pemantauan pembelian RON95 oleh kenderaan milik warga asing.

Beliau menambah bagi memastikan RON95 hanya digunakan oleh kenderaan tempatan mungkin memerlukan 10 kakitangan di pam pada satu-satu masa. Kos penggajian kakitangan boleh menelan belanja sehingga RM45,000 untuk 3 syif yang memerlukan 30 kakitangan.

Umum sudah sedia maklum bahawa petrol bersubsidi hanya boleh dibeli oleh warganegara dan warga asing dilarang untuk membeli petrol jenis RON95.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengingatkan agar semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura/Thailand untuk mematuhi Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang melarang kenderaan pendaftaran asing membeli Petrol RON95.

Sehubungan kejadian ini, KPDNHEP juga akan mengambil langkah proaktif untuk membendung lebih banyak kegiatan seperti ini berlaku.

Tambah Azman lagi, pemeriksaan yang lebih ketat dan kerap akan dilaksanakan serta amaran telah diberikan kepada semua pemilik stesen minyak dan syarikat minyak.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda marah mengetahui terdapat bukan warganegara yang “merompak” subsidi rakyat Malaysia?

Ya, marah sekali
100.00% 8 Undi
Tidak pasti, mungkin mereka juga berhak membeli
0.00% 0 Undi
Tidak, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi

Selain itu, KPDNHEP juga akan mengenakan penalti terhadap pemilik stesen minyak yang membenarkan kenderaan asing membeli petrol bersubsidi.

Menurut Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemilik stesen minyak akan dikenakan penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekali manakala bagi perbadanan atau syarikat akan didenda tidak melebihi RM2 juta.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda mengenai penalti ini?

Hukuman perlu lebih berat
42.86% 3 Undi
Hukuman ini cukup berat sudah
42.86% 3 Undi
Tidak pasti, mungkin boleh baiki
14.29% 1 Undi

Beliau juga menggesa agar orang ramai membuat aduan dan melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya terdapat aktiviti penjualan petrol bersubsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Ringkasnya, pihak berkuasa perlu mencari solusi yang lebih baik dan menyeluruh sekaligus memastikan kegiatan seperti ini dapat dibanteras. Orang ramai juga harus memainkan peranan dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.