Bermula 23 April KKM benar pelawat, penjaga di wad hospital

Kredit Foto FB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Pada 21 April 2022, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan kemaskini terbaru mengenai polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pelaksanaan polisi tersebut berkuatkuasa pada 23 April 2022.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai kemaskini polisi ini?

Tidak pasti, hanya memerhati
50.00% 1 Undi
Lega, memudahkan pesakit menerima pelawat dan penjaga menjaga mereka
50.00% 1 Undi
Tidak, masih risau dengan risiko dijangkiti di hospital
0.00% 0 Undi

Trend terkini kes Covid-19 serta penggunaan fasiliti kesihatan khusus Covid-19 yang rendah ialah antara faktor yang diambil kira oleh pihak KKM untuk mengemaskini polisi ini.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW setakat 21 April 2022 (11.59 malam), kes Covid-19 yang aktif serta kes harian menunjukkan trend penurunan setelah mengalami peningkatan pada bulan Februari dan Mac lalu.

Sumber: COVIDNOW

Begitu juga dengan jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan serta yang berada di ICU, yang turut menunjukkan kadar penurunan.

Sumber: COVIDNOW

Kemaskini ini berikutan melihat kepada keperluan dan kepentingan sokongan secara psikologi kepada pesakit sangat membantu.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata “Langkah ini diambil setelah mengambil kira kepentingan sokongan psikososial terutama daripada ahli keluarga pesakit dalam membantu proses penyembuhan pesakit.”

Kriteria umum bagi pelawat dan penjaga seperti berikut;
  • Berusia 12 tahun ke atas
  • Telah lengkap vaksinasi Covid-19
  • Tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai keputusan KKM untuk membenarkan remaja 12 tahun ke atas untuk melawat dan menjaga pesakit?

Hanya orang dewasa sahaja sepatutnya melawat dan meneman
100.00% 3 Undi
Tidak pasti, tiada kaitan dengan saya
0.00% 0 Undi
Langkah yang baik, memudahkan ahli keluarga yang tidak dapat melawat atau menjaga
0.00% 0 Undi

Kriteria khusus pula ialah individu itu perlu menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu RTK-AG kendiri dan disahkan negatif.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menambah, “Tatacara pelaksanaan arahan tersebut adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.”

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju dengan fleksibiliti ini?

Tidak, benarkan sahaja memandangkan pelawat/penjaga memakai PPE
66.67% 2 Undi
Setuju, membolehkan pihak hospital bertindak pantas
33.33% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin bagus
0.00% 0 Undi

Pihak KKM juga menekankan bahawa pihak hospital dibenarkan untuk melakukan pengubahsuaian kepada polisi tersebut sekiranya tercetus risiko tinggi penularan Covid-19 bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Kali terakhir KKM mengeluarkan kenyataan mengenai polisi ini ialah pada 26 November tahun lalu.

Berbanding kemaskini ini, sebelum ini pihak KKM hanya membenarkan beberapa kategori pesakit yang sangat memerlukan sahaja untuk ditemani penjaga dan menerima pelawat. 

Selain itu, sebelum ini hanya pelawat atau penjaga yang berumur 18 tahun dan ke atas dibenarkan untuk melawat dan menjaga pesakit.

Dengan kemaskini polisi ini, remaja dibenarkan untuk melawat dan menjaga pesakit yang boleh memudahkan pesakit sekiranya tiada ahli keluarga lain yang dewasa yang berkelapangan untuk berbuat sedemikan akibat kekangan masa.

Ringkasnya, trend terkini kes Covid-19 dan kapasiti penggunaan katil jelas menjadi kunci utama yang membolehkan kelonggaran diberikan.

Oleh itu, rakyat juga seharusnya memainkan peranan dengan menjaga SOP serta mendapatkan suntikan vaksinasi untuk diri dan keluarga bagi menurunkan kadar penularan wabak ini.