Benarkah harga buffet Ramadan tak masuk akal?

Ramadhan menjelma lagi buat kesekian kalinya. Musim ibadah buat umat Islam yang menjanjikan rahmat dan keberkatan dalam ibadah dan puasa khasnya. Setiap detik Ramadhan mengandungi keberkatan dari Yang Maha Esa. 

Pastinya ramai sudah mula membuat persiapan serba ringkas bagi menyambut bulan yang penuh berkah dan rahmat ini. 

Lebih menarik tahun ini, kita semua dapat berpuasa dan berbuka bersama keluarga tersayang kerana negara sudah mula beralih ke fasa endemik 1 April. 

Bulan Ramadan juga memberi peluang kepada pengusaha makanan khasnya peniaga, pemilik restoran dan juga hotel untuk menjalankan perniagaan setelah berhadapan dengan krisis Covid-19 sepanjang 2 tahun lalu. Dengan ini mereka dapat kembali menjalankan perniagaan seperti sediakala khasnya bagi jualan bufet berbuka puasa. Namun setiap kali itu juga harga bufet Ramadhan senantiasa menjadi topik pertikaian ramai.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Menurut anda, adakah bufet ramadan itu suatu keperluan?

Tidak, ia membazir dan merupakan suatu pilihan
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, bergantung kepada kemampuan seseorang
50.00% 1 Undi
Ya, berbaloi dari segi kualiti dan kelazatan makanan
0.00% 0 Undi

Menurut Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, harga bahan mentah dijangka akan terus meningkat dikala negara bakal memasuki fasa peralihan endemik. 

“Kita tidak boleh menyalahkan hotel menaikkan harga, sebaliknya ia berbalik kepada kemampuan kita dan ditambah dengan negara masuk fasa peralihan endemik bermula 1 April ini.” 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah harga bufet Ramadan tahun ini akan meningkat naik secara melampau?

Mungkin, saya tidak pasti
100.00% 1 Undi
Tidak, harga bufet Ramadan murah dan berpatutan
0.00% 0 Undi
Ya, lebih mahal berbanding tahun sebelum ini, mungkin faktor ekonomi
0.00% 0 Undi

Harga bufet Ramadan dilaporkan bakal mengalami kenaikan sekitar 20% tahun ini. Selain menyerap peningkatan kos operasi, kenaikan harga barang mentah, kenaikan harga minyak dan kenaikan minyak kelapa sawit juga merupakan antara faktor peningkatan kos bufet Ramadan. 

Berbeza pula di Melaka, pengusaha hotel dan restoran disarankan untuk tidak menawarkan harga yang tinggi untuk bufet berbuka puasa sepanjang Ramadan ini. 

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pihak hotel diminta menawarkan harga berpatutan supaya dapat menarik lebih ramai orang menikmati juadah di premis mereka.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah pemain industri perhotelan mahupun katering wajar mengurangkan harga bufet Ramadan seperti yang disarankan di negeri Melaka?

Ya, dengan cara ini lebih ramai orang akan datang dan memulihkan ekonomi semasa
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin sama sahaja
0.00% 0 Undi
Tidak, merugikan pengusaha hotel
0.00% 0 Undi

Bagi memastikan harga barangan kawalan sentiasa dipatuhi, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka dengan melaksanakan pemantauan oleh peringkat pusat. Dalam pada itu, Sulaiman berkata Program Melaka Bebas Berniaga yang diperkenalkan kerajaan negeri pada 2020 akan diteruskan pada Ramadan ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah harga bufet meningkat pada bulan Ramadan sahaja?

Mungkin, saya tak pasti
100.00% 1 Undi
Tidak, harga bufet Ramadan sama sahaja macam bufet bulan lain.
0.00% 0 Undi
Ya, harga bufet naik ketara pada bulan Ramadan
0.00% 0 Undi

 Kuasa berbelanja terletak di tangan orang ramai maka wajarlah merancang perbelanjaan dengan mengutamakan keperluan wajib sebelum berbelanja bagi musim perayaan.