Bajet 2023: RM235 Juta Dana Pembiayaan Perkasa Usahawan Wanita

Kerajaan memperuntukkan dana pembiayaan berjumlah RM230 juta antaranya melalui program Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) di bawah Majlis Amanah Rakyat dan Tekunita menerusi Tekun Nasional bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19 selain meningkatkan kapasiti perniagaan mereka.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan melaksanakan program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.

“Bagi terus memperkasa wanita di sektor korporat, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita di peringkat kepimpinan korporat.

Apa pendapat anda tentang inisiatif dana pembiayaan untuk usahawan wanita ini?

“Insentif dalam bentuk asas modal perniagaan akan diberikan selain program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian serta program ini akan memberi manfaat kepada 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan menyediakan RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita untuk merancakkan penyertaan kumpulan itu dalam sektor ekonomi antaranya melalui latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan.

Adakah anda setuju keusahawanan perlu menjadi kerjaya pilihan utama dalam bidang ekonomi berimpak tinggi?

Kerajaan turut memberi perhatian dalam memberi sokongan kepada ibu berkerjaya dan sebanyak sebanyak RM30 juta disediakan untuk kemudahan taska di bangunan kerajaan terutamanya di hospital dan universiti awam.

Selain itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam yang dijangka berkuat kuasa pada 1 Sept 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.

“Bajet 2023 bukan gula-gula PRU15, kerajaan ada peruntukan kewangan” - PM. Adakah anda setuju dengan kenyataan PM ini?

Tambah beliau, kerajaan juga bercadang mengecualikan cukai kepada wanita yang mengambil tempoh ‘career break’.

Jelasnya, pengecualian cukai itu adalah bagi pendapatan yang mereka peroleh dalam tahun taksiran bermula tahun 2023 hingga 2028.