Bagaimana minyak masak paket boleh sampai ke negara jiran?

Seringkali kita mendengar isu penyelewengan minyak masak yang seolah tiada titik noktah. 

Bekalan minyak masak bersubsidi Malaysia di Golok, pekan terkenal di selatan Thailand, dikatakan tidak pernah terputus, selain senang diperoleh terutama di pasar negara berkenaan.

Media baru-baru ini melaporkan, harga barang keperluan asas yang menerima suntikan subsidi oleh Kerajaan Malaysia dan dijual di negara kita pada harga RM2.50 bagi peket 1 kilogram (kg), dijual RM6.80 hingga RM7 sepeket di Golok, sedikit mahal berbanding RM5.80 hingga RM6 sebelumnya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda peka dengan isu seludup minyak masak ini?

Ya, saya peka dan mengikuti perkembangan isu ini
100.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, saya baru saja mendengar mengenai isu ini
0.00% 0 Undi

Malah, penduduk mendakwa boleh dikatakan hampir setiap rumah di pekan Golok mempunyai bekalan minyak bersubsidi Malaysia.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, pihak terbabit mengambil kesempatan mengaut untung berlebihan dengan menyeludup barang keperluan asas itu ke negara jiran.

Sehubungan itu, katanya, satu perbincangan khusus dengan semua agensi penguatkuasaan sudah diadakan bagi membincangkan masalah ketirisan minyak masak dan menyelaras tindakan untuk mengurangkan kegiatan penyeludupan dengan setiap agensi akan memainkan peranan masing-masing.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju perbezaan harga yang ketara antara penyumbang utama ketirisan minyak masak subsidi Malaysia ke Thailand?

Setuju, permintaan tinggi juga punca minyak diseludup
66.67% 2 Undi
Tidak setuju, harga minyak masak di Malaysia juga mahal
33.33% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

“Adalah tidak adil apabila subsidi yang dikeluarkan Malaysia diseleweng dan dinikmati rakyat negara lain,” katanya.

“Untuk minyak subsidi, kita ada 22 pengilang, 305 pembungkus berlesen, 4,151 syarikat pemborong dan lebih 30,000 peruncit. Jadi, setiap peringkat ini ada mempunyai peluang yang mendorong kepada ketirisan dan sebab itu, kita akan buat pemeriksaan di semua peringkat bagi mengesan perbuatan itu.

“Selain kawalan sempadan, kita turut beri tumpuan supaya minyak subsidi tidak diberi kepada pihak tidak sepatutnya seperti industri besar,” katanya menegaskan pihak terbabit ketirisan minyak masak bersubsidi akan digantung lesen dan kuota selain disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2001.

Pengeluaran bekalan minyak masak peket bersubsidi di pasaran tidak terjejas walaupun lesen 24 syarikat pembungkusan semula digantung dan ditarik akibat kesalahan penyelewengan sejak tahun lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, ini kerana kuota mereka telah diberikan kepada syarikat lain.

“Ini bagi memastikan bekalan minyak masak 60,000 tan metrik tidak berkurangan dan mencukupi di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pemeriksaan audit dan pemutihan di premis pembungkusan minyak masak bersubsidi di sini pada Selasa.

“Perkara ini adalah sesuatu yang menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku kerana subsidi diberi oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tetapi dinikmati oleh warganegara lain,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan penguatkuasaan secara agresif di seluruh negara untuk memantau, memeriksa dan membuat audit ke atas semua syarikat pembungkusan semula serta pemborong bagi mengatasi isu penyelewengan dan penyeludupan minyak masak bersubsidi.

Baru-baru ini kerajaan telah mengerahkan pihak penguat kuasa untuk menggempur daripada peringkat kilang pembungkusan hingga ke sempadan negara bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan minyak masak paket bersubsidi.

“Setiap 1 hari bulan, kilang akan hantar stok minyak masak pada kilang pembungkusan semula berdasar kuota bulan baharu… maka kilang pembungkusan semula akan mengepek minyak masak tersebut berdasarkan kuota, makin nak ke hujung bulan, makin susut kuota tinggal.

“Itu yang hujung bulan dan permulaan bulan ada sedikit kekurangan bekalan,” katanya selepas operasi pemeriksaan audit dan pemutihan di sebuah syarikat di Bandar Tun Razak di sini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperhebat aktiviti penguatkuasaan bagi membendung jenayah penyeludupan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya mengakui kegiatan tersebut aktif berlaku di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran termasuk Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak ekoran harga komoditi tersebut yang tinggi di pasaran dunia.

“Setakat ini rampasan di keempat-empat negeri tersebut bernilai RM1.5 juta dalam tempoh Januari hingga semalam melibatkan 61 kes,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Carsome Certified Lab di sini hari ini.

“KPDNHEP sedang merangka beberapa langkah yang buat masa ini saya masih belum dapat kongsi secara terperinci tetapi untuk makluman, jawatankuasa telah lama dibentuk dan kami kerap bermesyuarat. Oleh itu kami ada langkah-langkah untuk mengesan kegiatan tersebut,” katanya.

Menurutnya berbanding harga minyak paket di Malaysia yang dijual RM2.50 sekilogram (kg), bahan tersebut dijual dengan harga jauh lebih tinggi di negara-negara serantau iaitu di Thailand (RM12.60 per kg); Indonesia (RM14.27 per kg); Filipina (RM11.23 per kg) dan Singapura (RM12.33 per kg).

Setiap bulan kerajaan menyediakan 60 juta kilogram minyak masak bersubsidi bagi kegunaan rakyat Malaysia, namun masalah kekurangan bekalan masih berlaku disebabkan penyelewengan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah pihak berkuasa yang bertanggungjawab seperti KPDNHEP bertindak cepat dan tegas bagi membendung jenayah penyeludupan ke negara jiran?

Tidak, pihak KPDNHEP tidak pernah mengambil apa-apa tindakan
66.67% 2 Undi
Ya, mereka bertindak dengan cepat dan melakukan pemantauan dengan kerap dan secara berkala
33.33% 1 Undi
Saya tidak pasti, mungkin ya mungkin tidak
0.00% 0 Undi

Selain itu, Nanta berkata kerjasama penguatkuasaan terutamanya di kawasan sempadan daratan dan lautan seperti polis, tentera dan pihak kastam diperlukan bagi mematahkan cubaan penyeludupan bahan bersubsidi itu.

Mengenai bekalan minyak masak paket yang didakwa tidak mencukupi di pasaran, beliau berkata buat masa ini sebanyak 60,000 metrik tan diperuntukkan untuk kegunaan yang bersubsidi dan data menunjukkan penduduk Malaysia hanya memerlukan 55,000 metrik tan sahaja.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, selain penyelewengan minyak masak, adakah penyalahgunaan minyak masak bersubsidi dalam kalangan rakyat Malaysia juga merupakan faktor minyak masak paket tidak mencukupi?

Tidak, tak terlalu terkesan, bagi saya faktor yang ketara adalah disebabkan pihak kilang yang mengurangkan kuota pembungkusan minyak masak setiap 1 hari bulan
33.33% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
33.33% 1 Undi
Ya, kerana minyak masak bersubsidi yang sepatutnya untuk kegunaan isi rumah turut diguna oleh para peniaga di restoran
33.33% 1 Undi

Mengenai bekalan minyak masak paket yang didakwa tidak mencukupi di pasaran, beliau berkata buat masa ini sebanyak 60,000 metrik tan diperuntukkan untuk kegunaan yang bersubsidi dan data menunjukkan penduduk Malaysia hanya memerlukan 55,000 metrik tan sahaja.

Pihaknya akan terus memantau dan mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat menyalahgunakan minyak masak bersubsidi.