Antara bipolar, tuduhan dadah dan dakwaan alasan lepas diri?

Di negara kita setakat ini, penggunaan ganja untuk tujuan perubatan adalah salah di sisi undang-undang dan segala jenis bahan atau ubat-ubatan yang mengandungi sebarang kandungan ganja termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebenarnya, isu kanabis untuk tujuan perubatan bukanlah satu isu baharu. Isu ini senantiasa menjadi perdebatan ramai, namun ia kembali hangat diperkatakan di media sosial selepas tular tangkapan penyanyi nasyid Yasin Sulaiman yang juga penghidap penyakit bipolar.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda mengenai penggunaan kanabis?

Tidak bagus, pengguna cenderung salah guna
50.00% 2 Undi
Penggunaan kanabis untuk perubatan satu alternatif yang baik
50.00% 2 Undi
Tidak pasti, kerajaan harus kaji lebih dalam
0.00% 0 Undi

Disebabkan hal ini, timbul satu dakwaan yang perlukan jawapan; Adakah bipolar boleh dirawat dengan kanabis atau ianya sekadar alasan tanam pokok ganja agar terlepas dari tuduhan dadah?

Umum mengetahui bahawa penyanyi dan komposer ini sedang berdepan dua pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar 214 gram dadah, pada 31 Mac 2022 yang lalu.

Menurut Pakar Psikiatri dan Pakar Psikiatri Penagihan, Dr Firdaus Aziz, setakat ini masih belum ada data dan kajian terperinci yang boleh mengesahkan kanabis selamat digunakan bagi tujuan perubatan.

“Ada kajian yang cuba melihat penggunaan kandungan atau bahan tertentu yang ada pada kanabis untuk rawatan psikosis tetapi belum ada data dan kajian konklusif mengenai keberkesanan dan keselamatan bahan tersebut. Penggunaan kanabis tanpa meneliti bahan serta potensinya boleh memudaratkan kesihatan seseorang.

“Terdapat komponen kimia utama atau CBD dan Tetrahydrocannabidiol (THC) yang menentukan tahap potensi kanabis. THC dikaitkan kesan psikosis, ‘high’ dan keresahan, manakala CBD memberikan ketenangan,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Mengapakah mereka yang menyokong penggunaan kanabis berpendirian sedemikian walaupun terdapat risiko penggunaan?

Mereka perlukan bahan itu untuk mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan mental mereka
66.67% 2 Undi
Mereka hanya fokus pada “ketenangan” yang diberikan bahan itu
33.33% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin tidak mengetahui dengan lanjut
0.00% 0 Undi

Menurut beliau lagi, penggunaan kanabis secara berpanjangan serta dalam kuantiti yang banyak boleh memberi kesan kepada kesihatan mental individu yang mengambilnya dan berisiko untuk mengalami skizofrenia.

“Kebanyakan individu yang mengambil kanabis setakat untuk bersuka-sukaan akan fokus kepada kanabis yang mempunyai nilai kandungan THC yang lebih tinggi berbanding CBD. Kajian turut menunjukkan kesan negatif pesakit bipolar terhadap penggunaan ganja termasuklah kes mencederakan serta bunuh diri,” katanya.

Mengulas perkara yang sama, Pakar Psikiatri dan Psikiatri Penagihan di Klinik Pakar Alaminda, Dr Mohd Fadzli Mohamad Isa berpendapat, ganja perlu diberikan peluang untuk digunakan dalam bidang perubatan namun kita harus sabar dalam menunggu bukti dan dapatan ilmiah serta kajian saintifik yang kukuh sebelum menggunakannya dalam perawatan perubatan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah penyelidikan penggunaan kanabis wajar dijalankan?

Ya, kita perlu lihat baik buruk penggunaannya
66.67% 2 Undi
Tidak, lebih banyak buruk dari baiknya
33.33% 1 Undi
Mungkin, ia masih ada potensi yang baik untuk kegunaan perubatan
0.00% 0 Undi

Beliau turut menasihatkan agar individu dengan gejala bipolar untuk mendapatkan pandangan pengamal perubatan berkelayakan dan berpengalaman mengenai penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Banyak pihak melontarkan pelbagai pandangan termasuk saranan agar kerajaan mempertimbangkan untuk ‘menghalalkan’ penggunaan bahan itu dalam bidang perubatan dan begitu juga sebaliknya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 17 Nov 2021 berkata, permohonan bagi penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dinilai dan didaftarkan sekiranya mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk dipasarkan. 

KJ turut berkata, ketika ini tiada produk berasaskan kanabis digunakan bagi tujuan perubatan yang berdaftar di Malaysia.

Penyanyi lagu Mimpi Laila sebelum ini memohon Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq yang mempengerusikan Kaukus Medical Cannabis untuk segera mendapatkan kelulusan dadah jenis itu untuk tujuan perubatan.

Terdahulu terdapat laporan bahawa pokok ganja boleh ditanam bagi tujuan kajian dan perubatan namun perkara ini perlu mendapatkan kebenaran dari Menteri Kesihatan. 

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, terdapat peruntukan undang-undang yang memberikan ruang bagi penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.

“Baru-baru ini saya ada baca di akhbar mengenai (kejayaan) rakyat Malaysia menghasilkan minyak ganja, jadi saya rasa sayanglah kalau benda ini betul dan boleh dilakukan (kajian) di dalam negara.

“Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya 1952, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan… sebab itu, penting untuk dapatkan kelulusan Menteri Kesihatan terlebih dahulu, sebelum ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan,” katanya.

Bagaimanapun dalam isu yang melanda penyanyi ini, Yasin didapati menanam 17 pokok ganja dan ianya merupakan satu jumlah yang besar dan dipertikai ramai kerana boleh didakwa mengedarkannya kerana pihak polis juga menemui dua plastik lut sinar ketulan ganja seberat 214 gram yang dianggarkan bernilai RM10,700.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai kes ini?

Beliau perlukannya untuk kegunaan perubatan
66.67% 2 Undi
Jelas dia menggunakannya bukan untuk kegunaan perubatan
33.33% 1 Undi
Tidak pasti, saya baru baca mengenai kes ini
0.00% 0 Undi

Hasil pemeriksaan di dalam rumah penyanyi berkenaan telah menemui 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja di dalam salah sebuah bilik, manakala satu lagi pasu disyaki pokok ganja di balkoni dan tiga lagi di dalam almari baju.

Hasil analisa, keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh membekalkan kepada 214 penagih.

Menurut Ketua Polis Petaling Jaya, Assisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid, siasatan awal mendapati Yasin positif ganja dan sudah 10 tahun menjadi penagih aktif.

Yasin juga dilaporkan telah menerima rawatan bipolar yang pertama di Hospital Sungai buloh pada 17 Mei lalu dan akan menerima rawatan susulan dalam tempoh enam minggu di hospital yang sama.