Adakah KPDNHEP sedang buat tindakan betul untuk jaga kebajikan rakyat?

Rosol (kanan) meninjau ayam segar yang dijual pada PJKM di sebuah pasar raya di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. (Kredit foto – Kosmo)

Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

“Inflasi makanan global kekal tinggi terutamanya harga jagung, bijirin dan sayur-sayuran.

“Bagaimanapun, kami berpendapat tekanan inflasi secara keseluruhannya akan kekal stabil berikutan inflasi bahan api yang berada dalam aliran penurunan,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah persiapan anda untuk menghadapi inflasi?

Saya akan kurangkan kekerapan makan dan membeli makanan prepping yang boleh bertahan dalam jangka masa panjang
100.00% 2 Undi
Saya tidak pasti dan tidak ambil kisah
0.00% 0 Undi
Saya memilih untuk tidak berbuat apa-apa kerana inflasi hanya berlaku dalam jangka pendek sahaja
0.00% 0 Undi

Meskipun terdapat banyak rungutan dan aduan mengenai bekalan makanan di pasaran negeri ini terutamanya ayam berkurangan, bekalan bahan makanan itu dilaporkan masih di tahap mencukupi dan terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menerima aduan berhubung kekurangan bekalan makanan terutamanya di kawasan luar bandar memandangkan permintaan tinggi sepanjang musim perayaan.

Sehubungan itu, anggota KPDNHEP telah melakukan pemantauan secara harian di seluruh negeri untuk memastikan isu kekurangan bekalan tidak berlanjutan. 

Setakat ini, KPDNHEP mendapati bekalan di pasaran dikira mencukupi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda mengenai tindakan KPDNHEP ini?

Negatif, mungkin tindakan ini sesuai bagi jangka pendek sahaja
50.00% 1 Undi
Positif, ia merupakan jalan penyelesaian jangka masa panjang dan dapat menambah bekalan makanan di negara kita
50.00% 1 Undi
Neutral, saya tak pasti
0.00% 0 Undi

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, daripada jumlah pemeriksaan itu, sebanyak 121 kes direkodkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan jumlah kompaun sebanyak RM101,300.

“Tindakan itu termasuk atas kesalahan menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan, tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamer untuk jualan serta gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu,” katanya.”

Selain itu, KPDNHEP turut mengambil inisiatif untuk menghantar bekalan ayam segar ke lokaliti terjejas berikutan gangguan pengeluaran pada masa ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ayam segar tersebut akan diambil dari negeri-negeri yang tidak terjejas dan mempunyai lebihan bekalan.

“Kita mendapat laporan kekurangan ayam (segar) tersebut bukan semua tempat, ada (lokasi) yang lebih. Sehubungan itu, KPDNHEP akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membawa bekalan ayam ke tempat yang mengalami kekurangan.”

“Contohnya, sekiranya berlaku kekurangan di Perlis dan ada sedikit lebihan (bekalan ayam) di Pulau Pinang, kita akan menggunakan kelebihan tersebut dengan dihantar ke kawasan terjejas,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) peringkat Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang di sini hari ini.”

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah tindakan menghantar bekalan ayam segar ke lokaliti terjejas dapat membantu penduduk di Malaysia?

Ya, ia dapat memberi peluang kepada ramai pengguna untuk membeli ayam
100.00% 1 Undi
Mungkin, saya tak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, ia akan mengurangkan ayam di lokaliti tertentu
0.00% 0 Undi

Beliau berkata, tinjauan KPDNHEP dan MAFI ke ladang ternakan baru-baru ini mendapati alasan syarikat penternakan itu mempunyai asas namun siasatan lanjut sedang dilakukan.

Seterusnya, langkah pemansuhan import (AP) untuk bahan makanan adalah bertepatan dengan hasrat menjamin kelangsungan bekalannya dan dijangka mencetuskan lambakan di pasaran, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Daya saing di pasaran membabitkan barangan keperluan asas akan lebih kompetitif dan diunjur bakal mencetuskan pengurangan harga mengikut kuantum tertentu, bergantung kepada aspek kualiti dan pembungkusan,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Bagaimanapun Alexander Nanta berkata, pemansuhan AP akan mengambil masa untuk memberi kesan positif kepada pengguna kerana bergantung kepada proses perolehan, pensijilan halal dan pemeriksaan kastam.

“Menyedari hakikat ini, usaha rentas kementerian akan diketengahkan, mencakupi beberapa aspek asas di bawah kawal selia kementerian”, katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendapat anda mengenai langkah pemansuhan AP ini?

Baik, pemansuhan AP adalah langkah jangka panjang elak kenaikan harga
100.00% 1 Undi
Mungkin, saya tak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, mansuh AP tidak dapat menjamin kelangsungan makanan
0.00% 0 Undi

Bagi isu nilai ringgit pula, ia didapati nilai ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kerajaan sedang berusaha untuk membincangkan jurang semasa dalam isu bekalan makanan.

“Isu-isu mengenai isu makanan semakin menjadi tumpuan dan kerajaan dijangka mengambil langkah untuk menangani jurang semasa itu,” katanya.

Bagaimanapun, peniaga akan turut memerhati dan mengawasi sentimen risiko global terutamanya apabila kebimbangan terhadap pertumbuhan kian meningkat.