1 Julai 2022: Bersediakah hadapi kenaikan harga ayam, telur dan ‘lesapnya’ minyak masak paket? 

1 Julai adalah tarikh malang untuk pengguna kerana pada tarikh ini harga ayam, telur, minyak dan sebagainya dijangka akan naik. Dari hari ke hari isu kenaikkan harga barang semakin menjadi-jadi. Yang paling terkesan adalah golongan yang kurang berkemampuan.

Bersediakah anda dengan 1 Julai ini?

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengumumkan pemansuhan kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai 1 Julai ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai pemansuhan harga siling dan subsidi untuk barangan ini?

Kurang baik, rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup sedia ada
66.67% 4 Undi
Langkah yang baik untuk memastikan saluran wang yang lebih baik untuk rakyat
33.33% 2 Undi
Tidak pasti, saya tiada komen mengenainya
0.00% 0 Undi

Nanta berkata langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang pula dapat menstabilkan harga.

“Harga ayam akan diapungkan dan akan tertakluk kepada kuasa pasaran. Golongan memerlukan akan dibantu nanti dengan bantuan wang tunai bersasar,”

Menurut Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman menjelaskan bahawa pihak kerajaan kini dalam usaha mengimbangi kemampuan untuk memenuhi keperluan rakyat terutamanya serta para peniaga.

Penetapan harga siling ke atas beberapa barangan telah menyebabkan peniaga mengalami kerugian yang kini membebankan mereka berikutan pelbagai kenaikan kos yang terpaksa dihadapi.

Pada masa yang sama, ia juga memberikan beban tambahan kepada kerajaan untuk perbelanjaan bagi pemberian subsidi kepada rakyat.

Namun begitu Nanta menjelaskan bahawa subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

“Sebenarnya program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara. Ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.

“Bagaimanapun, ketika itu kerajaan berpendapat kita patut lanjutkan dan disebabkan itu ia dilaksanakan hingga kini. Kini kerajaan merasakan tibalah masa untuk dimansuhkan supaya boleh memberi fokus bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai bantuan bersasar ini?

Kurang baik, perlu penyelesaian jangka masa panjang
80.00% 4 Undi
Bagus, dapat bantu mereka yang tidak berkemampuan
20.00% 1 Undi
Mungkin bagus, kita lihat dahulu hasilnya
0.00% 0 Undi

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata bahawa pemansuhan tersebut juga dilaksanakan akibat penyelewengan yang berleluasa.

Menurut beliau, penyelewengan subsidi minyak ini banyak dilakukan pihak industri, komersial dan ia juga lebih mudah untuk diseludup.

“Jadi, melihat kepada penyelewengan yang berlaku dan sebagainya, maka kerajaan telah membuat keputusan iaitu tiada keperluan lagi untuk meneruskan subsidi minyak masak dalam botol kerana tidak lagi menepati objektif kita perkenalkan untuk membantu rakyat ketika pandemik Covid-19.

Bagi memastikan tiada kenaikan harga yang melampau, KPDNHEP akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada, sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara berlebihan.

“KPDNHEP akan gunakan akta anti pencatutan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemain industri jika langgar peraturan sedia ada,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai akta anti pencatutan ini?

Bagus, cuma penguatkuasaan perlu lebih giat dijalankan
60.00% 3 Undi
Perlu hukuman yang lebih berat ke atas pesalah
40.00% 2 Undi
Mungkin baik, saya jarang dengar kegiatan seleweng barangan berlaku sekitar saya
0.00% 0 Undi

Namun, masih timbul persoalan; “Apa yang akan berlaku dengan kesan kenaikan harga ayam dan ketiadaan subsidi minyak masak?”

Tambah Prof Madya Dr Ahmed Razman lagi, kenaikan ini berkemungkinan akan berterusan beberapa bulan akan datang. Ini berikutan belum ada penyelesaian ekonomi di peringkat global yang jelas menjejaskan pelbagai negara.

Pengarah Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Shahril Hamdan pula menjelaskan melalui kiriman beliau di Facebook bahawa kadar inflasi di Malaysia masih berada di paras yang lebih rendah berbanding kadar inflasi dunia.

“Inflasi di dunia sekarang 9.2%. Di Malaysia ia 2.3%. Kenapa boleh beza? Kerana subsidi kepada pengeluar dan kawalan harga. Kalau bukan sebab itu, tidak mungkin inflasi Malaysia sekarang boleh angka sekarang.”

Tambah beliau lagi angka inflasi negara tidak mencerminkan tekanan harga sebenar berikutan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sebagai usaha untuk menangani cabaran kos sara hidup rakyat.

“Ia satu angka “artificial” yang disebabkan intervensi Kerajaan di peringkat huluan (pengeluar/penjual). Sekarang, Kerajaan buat keputusan alih sebahagian pendekatan dan beri duit kepada hiliran (pengguna/pembeli). Bila beri kepada hiliran, harga akan naik, inflasi naik, tapi pengguna memerlukan akan dapat bantuan untuk menampung kenaikan itu.”

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pandangan anda mengenai peralihan subsidi ini?

Kurang baik, perlu perhalusi alternatif lain untuk penyelesaian jangka masa panjang
66.67% 4 Undi
Langkah baik, subsidi dapat diagihkan secara terus kepada rakyat
33.33% 2 Undi
Mungkin baik, kita perlu teliti kesannya dahulu untuk langkah seterusnya
0.00% 0 Undi

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memberikan bantuan tambahan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Rabu lepas.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil keputusan menyalurkan bantuan tunai tambahan itu kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

Beliau berkata, setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.

Katanya, ia akan memberi manfaat kepada hampir 8.6 juta penerima, merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang.