Sejauh Manakah Pemerkasaan Wanita Malaysia?

Foto hiasan

Sejak kemerdekaan banyak usaha telah dijalankan untuk mempertingkatkan kedudukan wanita negara.

Banyak cadangan telah dikemukakan untuk memajukan pembangunan wanita dan mengesyorkan hak-hak mereka terpelihara. Antara advokasi yang berhasil menerusi undang-undang dan peraturan ialah:

  • menghapuskan diskriminasi terhadap wanita di sektor tertentu seperti sosio-budaya, ekonomi dan politik
  • melindungi wanita daripada penderaan dan gangguan fizikal dan emosi
  • menetapkan kuota 30% untuk wanita dilantik ke jawatan tinggi termasuk ahli lembaga korporat
  • memberi cuti bersalin yang mencukupi untuk wanita yang berkerja dan cuti khas untuk suami pekerja wanita yang bersalin
  • menyediakan kemudahan dan infrastruktur, latihan dan kemahiran di tempat kerja untuk meningkatkan pencapaian mereka

Kini, pergerakan memperbaiki kedudukan kaum wanita supaya mereka diberi hak yang sama dengan kaum lelaki pada tahap negara dan antarabangsa disokong penuh oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Sustainable Development Goal Ke 5, iaitu Gender Equality.

Setelah membangun kian lama dengan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan yang memelihara hak mereka, wanita Malaysia amat bernasib baik jika dibandingkan dengan wanita di negara lain.

Wanita Malaysia boleh dikatakan setaraf dengan wanita di negara-negara maju kerana mempunyai suara yang lantang, yang didengari oleh pihak berkepentingan termasuk kerajaan. Kehendak mereka bakal dilayani dan menjadi kenyataan dengan adanya dasar dan pelan tertentu.

Sistem nilai kesamarataan jantina asas harus dipupuk dalam komuniti luar dan di tempat kerja untuk menentukan tiada diskriminasi berlaku terhadap kaum wanita, malah terhadap kaum lelaki sendiri sekiranya kumpulan-kumpulan itu dipimpin oleh wanita.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda menyokong wanita perlu diberi hak sama rata?

Ya, saya sokong bahawa wanita perlu diberi hak kebebasan dan hak sama rata
100.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak sokong, lelaki perlu mendahului wanita dalam segala aspek pembangunan sesebuah negara
0.00% 0 Undi

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan enam inisiatif bagi memperkasakan wanita dan selaras dengan agenda negara.

ENAM INISIATIF MEMPERKASAKAN WANITA

Di Malaysia, peratusan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan (MD) dalam kalangan wanita telah meningkat kepada 38 peratus pada tahun 2021.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia merupakan peratusan tertinggi wanita memegang kedua-dua jawatan itu pernah direkodkan di Malaysia.

Katanya, Malaysia turut mempunyai peratusan tertinggi Ketua Pegawai Kewangan wanita di kalangan negara Asia iaitu 34.9 peratus, lebih daripada dua kali ganda purata global.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai peningkatan peratusan Peratusan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan (MD) wanita di Malaysia ini?

Positif, ianya pada tahap yang memuaskan dan diharap kadar penglibatan wanita semakin meningkat dari tahun ke tahun
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin baik
0.00% 0 Undi
Tidak, wanita kurang sesuai untuk memikul tanggungjawab jawatan tinggi
0.00% 0 Undi

“Saya juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa Malaysia mempunyai antara peratusan tertinggi Ahli Lembaga wanita di Asia pada 28.2 peratus, berdasarkan data terkini bagi 100 Syarikat Senaraian Awam (PLC) teratas.

“Kementerian Kewangan telah melancarkan program ‘Gender Responsive-Budgeting-In-Practice‘ (GRBiP) dengan kerjasama Engender Consultancy and Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) bagi memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita di dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan juga telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menggalakkan pemerkasaan wanita termasuk inisiatif melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita untuk semua syarikat tersenarai awam dan sekurang-kurangnya 30 peratus pengarah wanita dalam syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC),” katanya.

Kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan kaum wanita yang banyak berjasa terhadap arus pembangunan negara, dan mereka bukan sahaja perlu dihormati tetapi wajar diberikan pengiktirafan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini dapat dilihat apabila kerajaan antara lain bersetuju menubuhkan Majlis Wanita Negara (MWN), Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara (JEWN) dan Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri (JKWNi) bagi memperkasa peranan wanita di peringkat Persekutuan dan negeri pada akhir tahun lalu.

“Baru-baru ini, Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual (AGS) 2021 juga berjaya diluluskan di peringkat Dewan Negara untuk dikuatkuasakan secara berperingkat.

“Di bawah kerajaan ini, Rang Undang-undang ini telah diluluskan untuk melindungi bukan sahaja golongan wanita, tetapi juga golongan lelaki daripada gangguan seksual,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda menyokong penggubalan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 ini?

Ya, kerana RUU ini akan menyumbang ke arah pewujudan persekitaran yang selamat kepada masyarakat khususnya wanita
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin baik
0.00% 0 Undi
Tidak, RUU ini tidak penting untuk dilaksanakan
0.00% 0 Undi

“Persekitaran yang selamat secara langsung akan meningkatkan pengupayaan rakyat dalam ekonomi, sosial dan politik selain memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Menerusi RUU ini, Tribunal bagi Antigangguan Seksual juga akan diwujudkan yang boleh memerintahkan pelaku jenayah ini untuk membayar pampasan atau ganti rugi sehingga RM250,000 di samping memerintahkan pelaku untuk mengeluarkan pernyataan permohonan maaf dalam sebarang bentuk, selain perintah pelaku menghadiri program yang difikirkan perlu.

Tambah kenyataan itu, kerajaan telah lama bekerja keras untuk menjadikan RUU tersebut satu kenyataan dan perjalanan menggubal RUU AGS merupakan bukti bahawa kerajaan amat prihatin dan serius dalam menangani isu gangguan seksual.

Perdana Menteri berkata sehingga kini 210 buah syarikat sendirian berhad mempunyai lebih 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah syarikat daripada 900 syarikat sendirian berhad.