Kos sara hidup di Kuala Lumpur lebih murah berbanding di Bangkok dan Manila?
Warga penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini dianggarkan memerlukan sekitar RM3,262 sebulan – untuk menyara kos kehidupan mereka. Lebih menarik, angka tersebut dilihat antara termurah berbanding rakan negara Asia Tenggara yang lain.
Jauh lebih mahal.
Penyelidikan terbaharu mengenai kos sara hidup bulanan di enam bandar popular di Asia Tenggara yang dikeluarkan oleh iPrice Group melalui Numbeo.
Di antara enam bandar besar di Asia Tenggara – Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Jakarta, Ho Chi Minh, Manila – KL mempunyai harga sewa rumah bulanan terendah berbanding Singapura yang mencatatkan harga paling tinggi.

iPrice menyatakan bahawa harga pangsapuri satu bilik di Singapura adalah RM6,200 menjadikan 81% lebih tinggi daripada di KL. Menurut pangkalan data Numbeo, kehidupan di KL jauh lebih murah apabila anda masih mampu mencari rumah sewa di tengah bandar yang berharga RM1,200 dan sekitar RM700 di luar pusat bandar.
Tambahnya, KL menduduki tempat kedua untuk gaji bersih purata bulanan. Penduduk KL dianggarkan memperoleh gaji bersih RM4,259 setiap bulan berbanding Singapura di tangga pertama dengan RM10,195 sebulan.
Malaysia turut mengekalkan rekod sebagai salah sebuah negara yang berjaya mengekalkan kadar harga terendah terutamanya produk barangan makanan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan laporan daripada Bank Dunia berkenaan program bakul makanan iaitu diet makanan sihat.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi juga telah menganjurkan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia pada 19 Ogos lalu.
Tan Sri Annuar Musa, berkata hasil mesyuarat jawatankuasa itu telah memperincikan modus operandi dan penyelarasan pelaksanaan program yang membabitkan lima kementerian berlainan.
“Semua barangan ini dijamin akan dijual antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah, berbanding harga pasaran,” katanya
Program terbabit dijangka memberi akses kepada rakyat mendapatkan barangan lebih murah dengan pelaksanaannya dijadual berlangsung selama 18 minggu sehingga akhir tahun ini.
“Laporan berkenaan meletakkan Malaysia sebagai negara kedua yang mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN. Ia turut melibatkan tarif elektrik, tarif air, harga minyak masak dan banyak lagi produk makanan.
“Kita patut berbangga kerana harga barang di Singapura adalah 70 peratus lebih tinggi manakala 71 peratus lebih mahal di Brunei,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
“Kadar inflasi Malaysia adalah antara paling rendah di dunia. Inflasi pada Ogos 2022 di zon Euro adalah sebanyak 9.1 peratus, Amerika Syarikat (8.3 peratus), Thailand (7.9 peratus), Filipina (6.3 peratus) dan Korea Selatan (5.7 peratus).

Malaysia dijangka mengalami inflasi yang paling rendah sekitar 3.2 peratus tahun ini jika dibandingkan dengan negara serantau lain berikutan perlindungan impak harga tenaga yang tinggi susulan pemberian subsidi kerajaan, demikian menurut RHB Research.
Jika dibandingkan dengan negara lain, contohnya Thailand, cabang penyelidikan RHB Banking Group itu menjangkakan negara jiran itu akan mencatatkan kadar inflasi tertinggi di rantau ini iaitu pada 6.2 peratus bagi 2022.
Secara umum, penganalisis ekonomi serantau RHB Research menjangkakan inflasi bakal mencapai paras puncaknya merentasi pasaran pada suku kedua 2022 atau suku ketiga 2022 dan mula reda menuju hujung tahun.
“Kadar inflasi lebih rendah di Malaysia adalah hasil daripada langkah kerajaan Keluarga Malaysia untuk menyediakan subsidi terbesar dalam sejarah negara,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed
Dalam pada itu, dasar ekonomi diterapkan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berteraskan pendekatan responsif, bertanggungjawab dan reformis, terbukti berjaya memulihkan ekonomi negara.
Kejayaan dasar ekonomi di bawah kerajaan pimpinannya dibuktikan melalui laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat kepada 5.0 peratus pada suku pertama tahun ini.
Pemulihan ekonomi ini juga ditunjukkan melalui indeks kos sara hidup di negara kita yang lebih rendah di rantau ini
Indeks kos sara hidup di negara ini pada 2021 adalah 60 peratus lebih rendah berbanding China dan Singapura, malah kalangan negara ASEAN seperti Brunei dan Filipina menghadapi kos sara hidup lebih tinggi daripada Malaysia.