Aidilfitri: Mengapa balik kampung tidur hotel ketika raya jadi isu?

Balik kampung tidur hotel.

Konsep pulang beraya ke kampung, namun tinggal di hotel telah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia zaman sekarang dengan ramai yang memberikan alasan atas faktor keselesaan.

Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan trend tersebut, namun jumlah ahli keluarga yang terlalu besar, anak-anak yang masih kecil atau tiada rumah ibu bapa di kampung menyebabkan sesetengah hotel di negara ini sebenarnya hampir penuh pada minggu pertama Aidilfitri.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah tinggal di hotel ketika raya perlu dijadikan isu?

Tidak, kerana masing-masing mempunyai asbab tersendiri
66.67% 4 Undi
Ya, trend tidur di hotel ini sudah parah dan kita harus mengubahnya
33.33% 2 Undi
Mungkin, saya tak pasti
0.00% 0 Undi

Trend anak-menantu sekarang yang memilih untuk tinggal di hotel atau homestay ini adalah dengan alasan tidak mahu menyusahkan mak ayah dan menjaga ‘aurat’ antara ipar-duai.

Tidak menjadi masalah jika mak dan ayah jenis yang berfikiran terbuka, tetapi ada segelintir mereka yang sensitif yang mungkin menganggap anak menantu ‘tidak sudi’ menumpang rumah mereka lagi. 

Namun, ada juga yang memilih untuk tidur di hotel dengan alasan tidak sanggup tidur rumah mak dan ayah kerana jijik dengan keadaan bilik air dan lantai rumah. Tetapi tidak sedarkah mereka yang membesar dengan keadaan itu? Tetapi hari ini mereka pandang jijik dengan bilik tidur yang panas bertilam kelabu. 

Jika kita rasa tidak selesa di rumah ibu bapa, kenapa kita biarkan mereka hidup tidak selesa? Kenapa tidak diubahsuai rumah mereka seperti rumah kita?

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Wajarkah keadaan rumah tidak selesa perlu dijadikan alasan untuk tidur di hotel?

Tidak, mereka tidak boleh merungut dengan apa yang tidak sempurna di rumah mak ayah mereka
75.00% 6 Undi
Ya, sebab jijik dan tidak selesa
25.00% 2 Undi
Mungkin, saya tak pasti
0.00% 0 Undi

Apapun alasannya, antara tidur berjemaah di kampung atau check in hotel, kedua-duanya ada kebaikan dan keburukannya. Berikut adalah beberapa tips kalau mahu tidur menumpang rumah mak ayah atau sebaliknya.

Kalau Tidur Di Kampung

  • Amalkan sikap ringan tulang untuk membantu. Buang mentaliti kalau balik kampung mahu berehat.
  • Jangan jadikan alasan nak rasa air tangan mak sebagai penyebab mak anda 24 jam duduk di dapur.
  • Jaga aurat ketika adanya saudara-mara yang bukan mahram
  • Bawa peralatan tidur ekstra jika bimbang berebut seperti toto, selimut atau seterika.

Kalau Check-in Hotel

  • Beritahu awal-awal kepada mak ayah bahawa anda akan tidur di hotel atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
  • Jangan terperap di hotel sahaja, terus bergerak ke rumah mak ayah, dan malam pulang ke hotel
  • Pilih hotel berdekatan dengan rumah mak ayah, senang untuk menjenguk mereka
  • Jangan ceritakan kehebatan hotel yang kamu duduk bagi menjaga hati mereka.
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah orang kita perlu bersikap terbuka dengan perubahan ini?

Ya, menginap di hotel akan membantu meningkatkan ekonomi sekeliling
71.43% 5 Undi
Tidak, hubungan keluarga menjadi renggang
28.57% 2 Undi
Mungkin, saya tak kisah
0.00% 0 Undi

Kesimpulannya, tidak kisah anda ingin duduk di hotel ke homestay ke, yang penting berbincanglah dengan ibu bapa, sesama suami isteri dan adik beradik dan pilih yang terbaik. Perkara ini berbalik kepada tujuan masing-masing. Jika anda seorang yang fikirkan tentang keselesaan orang lain, tentang menjaga aurat dan demi menghormati maruah saudara yang lain, anda seorang yang empati.