“Yang lain semua malaikat” – Zul Ariffin

Kekecohan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia

Gara-gara memuat naik babak panas menerusi laman sosialnya, pelakon terkenal, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar turut memerintahkan Zul Ariffin menjalani hukuman penjara sembilan bulan penjara tambahan sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, pelakon itu membayar denda tersebut.

Ketika prosiding, aktor Tarik Aku Ke Syurga itu yang memakai sut kelabu kelihatan tenang ketika berada di kandang pesalah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda menunggu pengakhiran kes Zul Ariffin ini?

Tidak, saya tidak tertarik ingin mengetahui apa yang berlaku
0.00% 0 Undi
Saya hanya mendengar berita sebegini dari orang
0.00% 0 Undi
Ya, saya tunggu. Padahal sudah lama video tersebut dimuat naik
0.00% 0 Undi

“Iya. Saya mengaku bersalah,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Zul Ariffin, 36, mengaku secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang bersifat sumbang dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Hantaran video itu dilihat di Tower 1 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 21 Mac. Kesalahan itu dilakukan Zul Ariffin pada 18 Mac 2022.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Seksyen 233 (3) AKMM 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan jika disabitkan kesalahan.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil dan Timbalan Pendakwa MCMC, Mai Zairani Zainal Abidin, manakala Zul Ariffin diwakili peguam, P Sivaran dan M Saresh.

Terdahulu, Saresh memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman yang minimum memandangkan beliau menanggung dua ahli keluarga iaitu bapa berusia 74 tahun serta seorang kakak berusia 48 tahun, selain kesalahan berkenaan adalah kali pertama dilakukan anak guamnya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, setimpalkah hukuman yang dikenakan ke atas Zul Ariffin oleh pihak mahkamah?

Tidak, sepatutnya kenakan denda maksimum terus
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, mungkin memadai untuk kesalahan yang telah dibuat
0.00% 0 Undi
Ya, saya rasa hukuman itu sudah cukup untuk dijadikan pengajaran buat semua
0.00% 0 Undi

Menurut Saresh, anak guam juga sudah mengaku bersalah selain kesal dengan tindakan memuat naik video berkenaan dan insiden itu secara langsung memberi kesan mental kepada diri anak guam serta keluarganya.

Selain itu, katanya anak guamnya adalah seorang pelakon yang banyak menyumbang kepada industri seni negara selain memenangi beberapa anugerah.

Bagaimanapun, Fazril Sani dalam hujahannya meminta tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan agar menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan yang sama selain mencerminkan ketelusan Parlimen dan undang-undang dalam menguat kuasakan Seksyen 233 AKMM 1998.

Walau bagaimanapun, hukuman telah dijatuhkan ke atas pelakon tersebut dan beliau terus membayar denda yang dikenakan ke atasnya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, patutkah seluruh kru produksi yang terlibat dengan video panas Zul Ariffin turut didenda?

Tidak, mereka tidak akan pernah serik
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, mungkin patut untuk peringatan buat mereka
0.00% 0 Undi
Ya, saya rasa patut. Jika tidak nanti, mereka mungkin akan buat lagi
0.00% 0 Undi

Ini pula respons aktor tersebut.

Zul Ariffin secara sinis menempelak pihak terbabit atas pertuduhan yang dihadapinya.

Menurutnya, dia dengan rela hati mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Yang lain semua terlibat (adalah) malaikat, saya seorang mengaku. Tidak mengapa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Sepang.

Zul Ariffin berkata, sebagai pelakon dan selebriti, setiap tindak-tanduk akan menerima akibatnya.

“Saya tahu salah saya sebab membuat hantaran,” katanya.

Menurutnya, pertuduhan itu menjadi pengajaran terhadapnya untuk lebih berhati-hati di media sosial.

“Juga pengajaran kepada orang-orang atau pelakon lain di luar sana.

“Jika disuruh membuat hantaran, tak payahlah. Beriya-iya ‘dibakar’ untuk tujuan promosi, berhati-hatilah. Jadikan saya sebagai contoh,” katanya.