Nama Haqiem Stopa nampaknya terus hangat menjadi topik bualan. Gelaran ikon permotoran yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal didakwa telah menyebabkan dirinya mengalami gangguan mental dan koyak hati kerana sering dihina dan diperlekehkan masyarakat.
Sehubungan itu, Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, memohon namanya tidak dikaitkan lagi dengan gelaran tersebut.
“Kalau kata nak lucutkan tu ambillah… memang saya tak nak dan boleh berhenti panggil saya ikon permotoran. Kalau rasa ada orang lain layak… pergi bagi pada yang layak.
Haqiem berkata gelaran yang diterima itu bukanlah gelaran rasmi malah dia tidak menerima sebarang bayaran atau gaji bagi membawa gelaran tersebut.
Katanya lagi, dia semakin rimas dengan keadaan tersebut oleh kerana dia menerima lebih banyak kecaman dan hinaan negatif sehingga mengganggu aktiviti hariannya.
Banyak benda tak kena, nak buat apa-apa tak boleh. kalau kita salah cakap pun orang pertikai. nak menegur tu okey, tapi jangan sapai menghina, rasanya tu dah tak patut”
“Setiap apa yang saya kongsikan di media sosial pasti ada komen negatif. Jadi rasa tu macam masalah. Saya nak berniaga, orang kacau, buat video YouTube orang kacau. Dah 4 bulan macam tu,” luahnya.
Terdahulu Haqiem turut menjadi mangsa kecaman kerana telah disaman oleh polis kerana memandu tanpa lesen yang sah serta nombor pendaftaran kenderaan tidak ikut spesifikasi sekali gus menerima notis saman RM600.
Haqiem mendakwa pemandu peribadinya tidak dapat memandu jadi dia terpaksa memandu lalu ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.
Berhubung statusnya sebagai ikon permotoran yang sering dipertikai netizen, Haqiem berkata, sudah banyak kali dia menjelaskan kekeliruan ramai dalam hal itu
“Apa boleh buat, cuma saya berharap netizen dapatkan berita betul sebelum percaya bulat-bulat kerana kesilapan penyampaian cerita boleh rosakkan reputasi seseorang,” katanya.