Mengaku Cicit Nabi: Betulkah Orang Kita Mudah Kena ‘Scam’?

Isu dan cerita mengenai cicit Rasullulah S.A.W iaitu Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani nampaknya masih lagi diperkatakan oleh netizen apatah lagi ia juga mendapat perhatian selebriti dan para menteri di Malaysia.

Malah, kelibatnya di majlis-majlis agama juga sering menjadi tumpuan warga maya apabila ia kembali dimuat naik di media sosial TikTok dan Twitter misalnya.

Namun begitu, status individu itu yang berasal dari Fes, Maghribi itu juga sering menjadi pertikaian warga maya yang kebanyakan was-was mengenai dakwaannya sebagai cicit Nabi Muhammad S.A.W dan mempunyai susur galur keturunan Ahlul Bait iaitu Saidina al-Hasan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai status Maula Muhammad Al-Amin yang dikatakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW ini ?

Memang meragukan, saya yakin dia merupakan ‘scammer’, sepatutnya mana-mana pihak yang ingin membawa masuk penceramah dari luar negara perlu mendapat kebenaran pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dulu
50.00% 3 Undi
Saya tidak ingin ambil tahu, bagi saya isu lain lagi penting
33.33% 2 Undi
Saya percaya dia dari keturunan Nabi kerana ramai ustaz dan ustazah yang menyokong
16.67% 1 Undi

Menurut satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) telah mengeluarkan kenyataan di mana semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu mengenai latar belakang individu itu sebelum menjemputnya ke mana-mana program keagamaan kerana ingin mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

Justeru, JAHEAIK meminta orang ramai berhati-hati dengan lelaki yang mengaku cicit Nabi Muhammad tersebut. Berikut adalah 6 kes yang pernah direkodkan melibatkan Sayyid berdasarkan laporan akhbar.

Semakan dari Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik)

Dalam kenyataan itu, pihak mereka telah melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Morocco dan mendapati wujud keraguan terhadap latar belakang yang mendakwa dia sebagai keturunan nabi.

Antaranya, individu itu didakwa pernah terlibat dalam penipuan berkaitan duit di Maghribi selain para pelajar Asia Tenggara di Fes, Maghribi juga dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripada individu tersebut.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pandangan anda, adakah orang Melayu cepat sangat terpengaruh atau kena ‘scam’?

Tidak, hanya sesetengah masyarakat sahaja kerana kebanyakan orang kita terlalu baik hati
50.00% 2 Undi
Ya, sedangkan orang yang curi berbillion ringgit pun di diagungkan, apatah lagi orang sebegini, orang kita mudah sangat taksub
50.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Notis pemberitahuan itu turut memaklumkan bahawa sebarang perkara berkaitan individu tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak negeri selaku pihak berkuasa Agama Islam Negeri.

Perkara ini turut mendapat perhatian dalam kalangan Mufti. 

“Memang meragukan. Pada awalnya, saya menyatakan untuk hadir (dalam program berkenaan), namun selepas mendapat maklumat lanjut saya memutuskan untuk tidak hadir.”

Demikian penjelasan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berhubung program jelajah pendakwah yang dikatakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW itu.

Siri jelajah lelaki itu sepatutnya diadakan di enam negeri dibatalkan kecuali di Pulau Pinang.

Dalam laporan akhbar menyatakan, pihak penganjur menjelaskan bahawa wujud salah faham mengenai perkara berkenaan. Sehubungan itu pihak penganjur program jelajah menerima keputusan pembatalan berkenaan dengan terbuka.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah pihak berkuasa di negara kita cepat bertindak bagi isu sebegini?

Tidak, mereka mengambil masa yang begitu lama untuk membuktikan kesahihan individu tersebut
75.00% 3 Undi
Ya, pihak berkuasa sangat cepat mengambil tindakan
25.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Penceramah luar negara yang ingin menyampaikan dakwah di negara ini perlu memperoleh tauliah khas daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Jurucakap Jais menjelaskan bahawa berdasarkan Peraturan 10(c) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, tauliah khas boleh dikeluarkan kepada individu bukan warga negara yang dijemput khas oleh kerajaan negeri, jabatan atau agensinya untuk memberi ceramah umum berhubung agama Islam.

“Tindakan mengajar tanpa tauliah ini adalah salah mengikut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Masyarakat Islam di negara ini diingatkan supaya berhati-hati apabila ada orang tertentu mendakwa dirinya berketurunan Nabi Muhammad SAW kerana individu yang mengaku dirinya berketurunan Rasulullah perlu disiasat kesahihan dakwaannya sama ada melalui dokumen yang asli atau dengan penyaksian pihak-pihak yang boleh dipercayai.