Lagu Raya Aliff Syukri didakwa persenda budaya Melayu, imej Islam dengan aksi penari pondan?

Jutawan kosmetik yang sentiasa bikin panas, Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk gara-gara berkongsi video pendek lagu raya nyanyian terbarunya yang didakwa mempersenda budaya Melayu & perayaan Aidilfitri. 

Dalam video lagu raya bertajuk “Kelepuk Raya” tersebut kelihatan aksi 3 orang penari latar yang dikatakan netizen sebagai keterlaluan dan tanpa segan silu menonjolkan imej penari lelaki pondan. 

Menurut netizen, ketiga-tiga penari latar itu tidak melambangkan seperti imej umat Islam kerana berpakaian yang dianggap tidak senonoh dan menari berlebihan.

Malah, mereka turut merasakan ianya kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada umum, lagi-lagi ketika bulan Ramadan yang mulia ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda marah dengan tindakan terbaru Aliff Syukri melalui lagu raya ini?

Ya tindakan yang keterlaluan
81.25% 13 Undi
Tidak peduli
12.50% 2 Undi
Tidak, caranya boleh diterima
6.25% 1 Undi

Selain netizen, ibu Aliff Syukri, Rozita Ibrahim turut tempelak muzik video single anaknya yang bertajuk MV Kelepak Kelepuk Raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Rozita juga menasihati anaknya untuk mempunyai perasaan malu. 

“Mak marah… kelepuk kelepuk. Jangan nak acah-acah rayu Mak. Jangan cari Mak raya ni,” tulis Bonda Rozita pada ruangan komen Instagram. 

Aliff merespon komen tersebut, “Saya tak faham mak. Apa salah saya? Pleaselah mak profesional sikit. Ni semua art,” tulisnya. 

“Art taik anjing ko lahh,” jawab Rozita ringkas dan mendapat ribuan tanda suka pada komen tersebut.

Vokal nyanyian Aliff Syukri senantiasa menjadi perhatian dan buah mulut berpuaka netizen apatah lagi melibatkan nyanyian kerana dianggap sumbang dan tidak layak bergelar seorang penyanyi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda rasa Aliff Syukri tak patut menyanyi dan berlakon?

Ya, memang tak layak pun
100.00% 15 Undi
Tidak pasti kerana tak pernah dengar dan tengok
0.00% 0 Undi
Tidak, dia layak
0.00% 0 Undi

Perkongsian tersebut seterusnya mendapat kecaman bertali arus dari netizen yang dilihat marah kerana mendakwa Aliff Syukri telah mencemari kemuliaan Ramadhan selain mempersenda budaya Melayu dan kemeriahan Aidilfitri dengan aksi keterluan “adik-adik” yang turut memakai songkok tetapi menonjolkan yang boleh mendorong batal puasa muntah hijau apabila melihatnya. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda rasa aksi & pakaian penari latar Aliff Syukri keterlaluan untuk kandungan lagu raya?

Ya, sangat over
92.86% 13 Undi
Tidak pasti sebab tak kisah
7.14% 1 Undi
Tidak, bagi saya okay
0.00% 0 Undi

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat tontonan hampir 1 juta dan 6,000 komen yang rata-ratanya menghentam dan kesal akan tindakan Aliff Syukri itu. 

Usahawan ini seringkali tampil dengan kandungan kontroversi yang mengundang kemarahan netizen. 

Terdapat juga dakwaan yang mendakwa ianya adalah cara murahan Aliff Syukri untuk “menjual” lagu raya nyanyian terbarunya. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda berpandangan bahawa inilah cara Datuk Seri Aliff Syukri menarik perhatian orang ramai untuk melihat & mendengar lagu rayanya?

Ya, dia memang suka buat kandungan tarik perhatian sebegini
100.00% 11 Undi
Tidak pasti kerana tak ambil kisah
0.00% 0 Undi
Tidak, inilah cara marketing masa kini
0.00% 0 Undi

Untuk rekod, Aliff Syukri pernah mengeluarkan dua lagu raya sebelum ini iaitu “Jom Raya” dan “Lala Raya” pada tahun 2019 dan 2021 yang turut dikecam berjemaah netizen.