Kandungan lucah, jelek artis, influencer makin membimbangkan, wajar dikenakan tindakan lebih berat?

Perkembangan teknologi informasi membawa sebuah perubahan dalam masyarakat. Lahirnya media sosial menjadikan pola perilaku masyarakat mengalami pergeseran baik budaya, etikan dan norma yang ada.

Media sosial masa ini telah memberi impak besar terhadap pembentukan tingkah laku dan keperibadian masyarakat. Perkembangan zaman yang pesat menyebabkan masyarakat khususnya remaja berlumba-lumba untuk menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah influencer media sosial yang tidak menjaga etika ketika membuat kandungan perlu diberi tindakan yang berat?

Ya, perlu diambil tindakan yang berat seperti membayar denda sebanyak RM50,000
100.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, kekalkan sahaja tindakan yang sedia ada
0.00% 0 Undi

Hal demikian adalah kerana medium media sosial memberikan info atau maklumat terkini mengenai berita semasa mahupun apa yang sedang berlaku. Akan tetapi jika tersalah terhadap penggunaanya akan memberikan kesan yang negatif kepada penggunanya

Dalam era yang semakin berkembang maju dengan internet dan media sosial menjadi antara tumpuan utama, perkembangan kandungan kini menjadi antara perkara yang penting.

Setiap hari, semakin banyak kandungan yang dicipta dan direka bagi menarik perhatian warga maya untuk pelbagai tujuan.

Namun golongan yang sering tampil dengan kandungan yang menarik perhatian ramai adalah seperti golongan pelakon, penyanyi, pempengaruh (influencer) media sosial, usahawan dan agamawan.

Samada kandungan mereka ini baik atau buruk ianya tetap memberi kesan dan pengaruh kepada masyarakat.

Antara contoh kandungan buruk ialah video muzik hari raya yang dikeluarkan oleh usahawan yang ghairah kejar publisiti murahan. Kita dapat lihat usaha Datuk Seri Vida untuk mendapat publisiti membuahkan ‘hasil’ apabila usahawan tersebut dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berhubung video muzik Muah Muah Raya dengan dakwaan mempromosikan unsur-unsur LGBT kerana menggunakan penari ‘drag queen’ iaitu lelaki berpakaian seperti wanita.

Sebelum ini, seorang lagi usahawan komestik Datuk Aliff Syukri juga telah mencetuskan kontroversi dan dipanggil untuk siasatan oleh SKMM apabila muncul dengan muzik video raya berjudul “Kelepok Raya” yang menampilkan lelaki lembut.

Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menyifatkan usahawan tersebut seolah-olah mempromosikan gaya hidup songsang melalui video muzik berkenaan.

Terkini Kak KM bersama beberapa artis seperti Ifa Raziah, Datuk Seri Vida dan Chea Pot Pet lagi tular dengan isu video tepuk bontot dan rentetan perkara itu terima kecaman ramai dan dipanggil oleh SKMM untuk siasat.Tindakan empat selebriti itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Kemudian muncul pula video mengenai tindakan sekumpulan lelaki yang cuba ‘berjenaka’ dengan memberi kondom sebagai hadiah perkahwinan kepada pasangan mempelai, yang turut mengundang kecaman daripada warga maya.

Berniat untuk bergurau dengan pengantin lelaki yang merupakan rakan mereka, namun tindakan tersebut mengundang rasa kurang kurang senang ramai yang menyifatkannya sebagai kurang adab dan ‘lawak tidak kena tempat’

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah tindakan anda setelah menonton video mereka?

Kecam dan terus membuat aduan kepada SKMM
100.00% 2 Undi
Saya biarkan sahaja tapi akan lapor jika buat lagi
0.00% 0 Undi
Saya menyokong dan kongsi video tersebut kepada ahli keluarga dan rakan-rakan saya kerana ianya sesuatu yang normal masa kini
0.00% 0 Undi

Sehubungan dengan itu, kita dapat lihat budaya melucah kini sudah menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat dengan begitu dahsyat sekali, kata pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu.

“Ya, walau ia lucah tapi ramai je kata ‘jangan terasa hati sangat, aku buat lawak je, tak boleh gurau duduk surau’.

“Lama-kelamaan ia dinormalisasikan. Bermula sembang sesama kawan-kawan di kedai kopi dan pejabat.

Jelasnya lagi, situasi tersebut juga berlaku kerana ‘marketing’ seperti itu dilihat mampu menaikkan jualan produk, maka individu terbabit akan terus melakukan aksi sedemikian rupa.

“Bahkan mendedahkan aib mereka sendiri di media sosial dengan penuh rasa bangga,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah masyarakat sekarang kurang rasa malu?

Ya, malah mereka bangga untuk membuka aib masing-masing hanya untuk mendapat publisiti
100.00% 2 Undi
Mungkin, saya kurang pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, masyarakat kita yang terlalu menjaga kain orang
0.00% 0 Undi

Pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun tampil menegur tindakan sekumpulan lelaki itu. Pinta Ustazah Asma’ agar budaya untuk jenakan lucah seperti yang dilakukan kumpulan lelaki itu tidak sepatutnya diamalkan.

“Allahu Akbar. Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu.

“ Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada siapapun yang melihat”

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju dengan kenyataan Ustazah Asma’ Harun agak lawak yang berunsur lucah tidak wajar diamalkan?

Ya, kita tidak sepatutnya mengikuti trend bagi tujuan publisiti. Kita sepatutnya menjaga adab dan maruah semua orang
100.00% 2 Undi
Mungkin ada betul dan mungkin tidak
0.00% 0 Undi
Tidak, biarkan sahaja, sudah menjadi kebiasaan anak muda zaman sekarang untuk sentiasa ‘up to date’
0.00% 0 Undi

Pencipta kandungan atau ‘content creator’ di media sosial dinasihatkan agar lebih menjaga sensitiviti dan membataskan hiburan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

Elak menghasilkan bahan yang tidak disenangi ramai serta melangkaui batas dan norma kehidupan masyarakat di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, usaha meraih perhatian pada zaman media sosial juga mesti mematuhi syariah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda mengetahui tindakan ‘content creator’ yang tidak menjaga sensitiviti hiburan boleh dibuat aduan ke SKMM?

Ya, saya mengetahui dan akan membuat aduan sekiranya ada konten yang tidak berhemah
100.00% 2 Undi
Mungkin, saya pernah dengar
0.00% 0 Undi
Tidak, ini pertama kali saya mendengar mengenai ini
0.00% 0 Undi

Justeru, semua pihak supaya menjauhi video lucah dan berhentilah menonton pornografi yang umpama barah serta dadah yang akan merosakkan otak.

Jangan biarkannya tersebar terus di media sosial. Laporkan kepada pihak berkuasa terhadap kandungan berunsur tiga R — religion (agama), race (kaum) dan royalty (institusi Diraja).

Itulah gesaan SKMM terhadap orang ramai.

Sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Anda hanya perlu mengambil tangkapan skrin dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian atau e-mel berkenaan.

SKMM memaklumkan laporan itu boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada mediasosial@mcmc.gov.my.

Menurutnya, platform itu akan memudahkan dan mempercepatkan proses tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan.

Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, mereka perlu mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan, menurut MCMC.

Suruhanjaya itu mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi memelihara keharmonian dan kedamaian yang dicapai melalui persefahaman yang dibina sejak 62 tahun lepas.

Katanya, sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dihentikan segera demi kepentingan bersama.