Iqram Dinzly didakwa persenda Islam di bulan Ramadhan?

Nama pelakon Iqram Dinzly kini kembali panas dengan kontroversi baru dimana dia didakwa mempersenda agama Islam menerusi aplikasi Bigo miliknya. 

Dalam video berkenaan,  pelakon berusia 41 tahun itu memakai pakaian dalam wanita atau ‘lingerie’ dan sambil beraksi secara menghairahkan telah mendapat kecaman ramai.

Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen kerana dia didakwa telah mempersendakan kesucian agama Islam di bulan Ramadhan dan makna selawat kerana mengalunkan bacaan  suci itu dengan mengenakan pakaian yang tidak sopan sambil melakukan aksi melampau berkenaan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda ‘melihat tindakan Iqram Dinzly dalam video tersebut?

Melampau dan mementingkan ‘content’ dari adab
87.50% 7 Undi
Tidak perlu kecam kerana dia sakit
12.50% 1 Undi
Tidak ingin ambil kisah
0.00% 0 Undi

Mengulas mengenai video tersebut, Iqram menafikan itu dirinya sebaliknya berkata itu adalah ”kembarnya’. Iqram berkata, karakter itu dikenali sebagai Princess Iqy Dinzly dan tujuannya adalah untuk menyentuh hati netizen agar membuat pilihan sama ada mahu berselawat atau menyaksikan perkara maksiat.

Tindakan Iqram itu mendapat perhatian seorang Pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar yang  menegur aksi kurang sopan Iqram dan mencadangkan akaun media sosial bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu ditadbir bersama oleh ‘admin’ dari keluarga yang memahami.

“Jika keluarga terlibat sebagai admin bersama, jika nampak hantaran pelik, bolehlah dipadam,” tulisnya dalam hantaran di akaun Facebook semalam.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju dengan kenyataan beliau?

Ya, semua akaun sosial media perlu dipantau kalau ditutup terus lebih baik kerana memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan agama Islam
87.50% 7 Undi
Tidak, biarkan sahaja, dia berhak buat apa sahaja
12.50% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Mengulas lanjut, Rafidah memberikan contoh insiden yang mana salah seorang sahabatnya mempunyai adik yang menghidap kecelaruan bipolar.

“Satu hari adik beliau membuat posting di Facebook mengatakan dia murtad. Sudah tentu kecoh dan tular, di samping keluarga menjadi kecaman.

“Sewaktu adiknya normal, dia sendiri berasa sedih dengan apa yang dibacanya. Dia tak sedar pun apa yang dimuat naik ke media sosial.

“Jika keluarga terlibat sebagai admin bersama, jika nampak hantaran pelik, bolehlah dipadam,” katanya.

Ini bukan kali pertama Iqram menerima kecaman netizen kerana dianggap mempersendakan agama.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut menegur perbuatan selebriti tersebut.

“Allahuakbar, semoga diberikan hidayah buat beliau,” komen pengguna lain, @adzarina

“Iqram ini perlukan bantuan. Kita yang normal boleh nampak ada sesuatu yang tidak kena dengan dia. Kawan-kawan artis yang baik dengan dia tolonglah sesuatu. Jangan kecam dan lihat saja,” komen @ishs_mama.

Selain itu, terdapat pengguna lain juga mengharapkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepadanya dan juga sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam. Berselawat itu sudah baik, tapi cara dan keadaan dalam menyampaikannya amat memalukan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah perkara ini perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa?

Ya, tangkap dan beri hukuman setimpal bagi mereka yang sewenang-wenangnya mempersendakan Islam
85.71% 6 Undi
Tidak, biarkan sahaja
14.29% 1 Undi
Mungkin, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi