Didakwa seakan tidak pernah insaf dan tidak takut azab Allah, aksi ghairah Datuk Aliff Syukri dan penyanyi kontroversi Baby Shima dikecam hebat.
Demi mempromosikan lagu dangdut terbaharu mereka bertajuk Baby Sayang, aksi kedua-dua mereka didakwa menari ibarat pelakon filem lucah yang ghairah dengan bangganya mempromosikan perbuatan terkutuk sebagai seorang yang beragama Islam, mereka juga didakwa mempersendakan agama Allah.
Berang dengan tindakan mereka itu, Pendakwah bebas PU Syed tampil menempelak perbuatan terkutuk itu.
“Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.
“Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat.
Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang. Apa yang kamu mahu dedahkan kepada masyarakat.
PU Syed turut mempersoal apa yang hendak pasangan penyanyi itu dedahkan kepada masyarakat dengan tindakan melampaui batas itu.
“Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat.
“Adakah kamu nak (suka) macam itu? Adakah kehidupan kamu untuk menyenangkan perut hati kamu semata-mata? Tidakkah kamu suka menggembirakan agama Allah SWT,” tegas PU Syed lagi.
Tidak cukup dengan itu, PU Syed turut menasihati Aliff Syukri agar menghentikan dan tidak menambah kemungkaran yang sedia banyak berlaku di depan mata.
Malah PU Syed turut mengingatkan Aliff Syukri akan saat kematian dan kesediaanya menanggung dosa besar yang dilakukannua.
“Saat kematian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dosa penonton yang menonton video dangdut mengarut kamu ini?
Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri.
“Yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri, tegasnya lagi yang ternyata marah melihat perbuatan tersebut.
Terdahulu, April lalu Aliff Syukri pernah ditahan dan disiasat berkaitan muzik video lagu raya Kelepok Raya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) malah SKMM turut memanggil semua yang terlibat dalam muzik video berkenaan.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung muzik video berkenaan.
Kandungan keterlaluan muzik video berkenaan didakwa mempromosikan gaya hidup songsang yang memperlihatkan beberapa penari lelaki bersolek dan tanpa segan dan malu tergedik-gedik menari ibarat “pondan” yang menerima kecaman teruk daripada masyarakat yang turut menuntut Aliff Syukri dikenakan tindakan yang tegas.
Bagaimanapun Aliff Syukri telah tampil memohon maaf atas tindakannya itu dan tidak dikenakan sebarang hukuman atau tindakan.