Adakah dengan tunai umrah di Mekah tanda hidup kita sudah diberkati?

Berkata benar biarpun pahit. Melihat kepada perkara ini merupakan satu realiti yang sering kita dengar diucapkan oleh segelintir pihak mengenai ibadah umrah.

Jika diamati, trend yang tidak sihat ini makin menjadi-jadi dalam benak dan fikiran di kalangan masyarakat kita yang menjadikan ibadah umrah di Baitullah seakan-akan sebagai tanda atau lambang hidup sudah diberkati dan bebas dosa.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda pernah mengerjakan ibadah umrah?

Belum lagi, sumber kewangan belum cukup
50.00% 1 Undi
Mungkin nanti, sudah hampir cukup keperluan
50.00% 1 Undi
Ya, pernah mengerjakannya
0.00% 0 Undi

Bagi yang tidak mengetahui, hukum menunaikan ibadah umrah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut dalam Islam.

Penceramah terkenal, Ustazah Asma Harun tampil menjelaskan susulan isu kontroversi melibatkan seorang artis wanita yang menyatakan dirinya sudah tiga kali menunaikan ibadah umrah biarpun tidak bertudung.

Isu ini menjadi tular sepanjang minggu ini sehingga berlaku perdebatan ramai dan turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah reaksi anda mengenai isu ini?

Saya tidak menilai, biarlah beliau dengan kehidupannya sendiri
50.00% 1 Undi
Saya kurang gemar apabila mendengar/membaca isu ini. Umrah sepatutnya membantu menyucikan hati
50.00% 1 Undi
Saya tidak tahu mengenai isu ini
0.00% 0 Undi

Persoalannya, dimanakah dalil dan nas menyatakan Kaabah hanya menerima orang yang tiada dosa atau sebagai tanda hidup sudah diberkati?

Mungkin ada diantara kita pernah melihat seorang pondan, seorang wanita seksi tidak bertudung, malah seorang penzina dan pemabuk pernah sampai ke Baitullah dan menunaikan umrah kemudian dikongsi media sosial sebelum ini.

Dalam pada itu, Ustazah Asma turut mengingatkan orang ramai supaya memahami pengertian istidraj.

“Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

“Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ‘Apabila kamu melihat Allah memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkan, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah,” katanya.

Dalam pada itu, artis yang dikaitkan, Ifa Raziah kesal dan kecewa dengan isu tular lagi panas itu tampil menepis dan mendakwa ianya satu fitnah jahat untuk menjatuhkan dirinya.

“Orang yang edit video itu salah. Apa yang dia muat naik tidak seperti yang saya katakan ketika membuat live di media sosial.

“Kalau orang tonton video penuh saya, mereka tahu apa yang saya maksudkan. Video yang dimuat naik oleh individu tersebut telah menimbulkan fitnah. Saya tidak akan maafkan dia.” tegas Ifa.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai kenyataan beliau?

Beliau seharusnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana figura awam sentiasa diperhatikan ramai
50.00% 1 Undi
Saya tidak berpihak kepada sesiapa. Seeloknya siasat dahulu
50.00% 1 Undi
Saya setuju dengan kenyataan tersebut. Video tersebut bersifat tidak adil ke atas beliau
0.00% 0 Undi

Berkaitan hal yang sama, soalan ini dibangkitkan menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, ياسمين حناني محمد سفيان yang mendapat tanda suka dan perkongsian ramai di Facebook, individu itu turut memberi ingatan terhadap beberapa perkara berkaitan ibadah umrah.

“Berjaya sampai Mekah + Done selfie depan Kaabah = Setel segala dosa? Astaghfirullah hal ‘azim. Entah sampai bilalah umat Islam di Malaysia berperangai dan mentaliti macam ni?

“Jangan berbangga dengan ibadah kita yang hanya Allah yang menyampaikan kita ke sana. Dosa tidak semudah mencuci pakaian.

”Buatlah apa dosa sekalipun – rompak, rasuah, rogol, fitnah bahkan tukar jantina sekalipun, kalau ada duit untuk pergi umrah atau haji dan ‘berjaya’ berdoa depan Kaabah, nescaya semuanya akan setel,” tulisnya dalam hantaran tersebut

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah warga maya terlalu cepat menilai dan menghukum tanpa sebarang usul periksa?

Mungkin, saya jarang untuk membaca apa-apa di media sosial kerana terlalu toksik
50.00% 1 Undi
Ya, saya setuju. Warga maya terlalu cepat menilai dan melontarkan kata-kata kasar di alam maya
50.00% 1 Undi
Tidak, mereka hanya menegur kerana risau agama akan dilihat enteng oleh masyarakat
0.00% 0 Undi

Akhir kalam, walaupun kunjungan ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah Umrah dipermudahkan Yang Maha Esa, namun harus difahami ibadah umrah juga adalah ibadah yang penting untuk dihayati, dipelajari manasiknya (cara perlaksanaannya) dan dimurnikan tujuan serta niat untuk melaksanakannya.

Malang bagi seseorang yang beribadah, tetapi ibadahnya tertolak, malah tidak dipandang oleh Allah SWT akibat dihinggap virus yang bernama riak kerana ia termasuk dalam kategori syirik kecil iaitu mensyirikkan Allah dalam ibadah

Ibadah bukan sahaja tidak bernilai jika terpalit riak, malah ia mengundang dosa.

Janganlah pula keghairahan itu nanti menjadi penyebab kepada kita terjebak dalam maksiat yang berganda disebabkan kejahilan yang dibawa apabila melangkahkan kaki ke sana.

Meminjam kata mutiara popular arwah Ustaz Izzi Haji Ali, ‘Renung-renungkan dan selamat beramal.’