Kebenaran Pengeluaran KWSP RM10,000 – Perlu atau Tidak?

Pada 16 Mac yang lalu, pihak kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda menyokong keputusan ini?

Ya, saya sokong
88.89% 8 Undi
Tidak pasti, mungkin diperlukan
11.11% 1 Undi
Tidak, keputusan ini memudaratkan
0.00% 0 Undi
Berikut ialah informasi awal mengenai pengeluaran khas ini:
  • Terbuka kepada ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Permohonan bermula 1 April – 30 April 2022 secara atas talian
  • Pembayaran akan dibuat mulai 20 April 2022
  • Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000
  • Tertakluk kepada baki simpanan

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan ini diambil berdasarkan hasil kajian dan penelitian menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dan sedang membina semula kehidupan.

Namun, pada masa yang sama beliau turut mengingatkan kepada rakyat agar hanya melakukan pengeluaran ini sekiranya terdapat keperluan yang mendesak.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah simpanan hari tua lebih utama?

Tidak, perlukan wang sekarang
44.44% 4 Undi
Ya, penting untuk masa depan
33.33% 3 Undi
Tidak pasti, masa depan belum pasti
22.22% 2 Undi

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah, pengeluaran yang berjumlah RM63 billion ini akan memberikan kesan besar yang melibatkan pasaran dan peningkatan kuasa beli rakyat di samping memberi kesan kepada kemampuan pelaburan KWSP dalam jangka masa pendek.